Saturday, April 23, 2011

Cerita Cinta

Salam...

Hi...

Ceewah...tajuk cam gempak kan? hahahaha...x da maknanya weyh. Ak ni x pernah bercinta. X percaya? X kisahlah kalau percaya atau pun x. Tapi ak mmg x pernah bercinta penuh2 cinta. Kalau cinta monyet ka, cinta baboon ka...mungkin ada kot. Tapi ak rasa 2 bukan cinta, 2 mungkin yang mat salleh panggil sebagai 'crush' saja dan x de la bertahan lebih dari 3 bulan.hoho.sbbnya?panjang sbbnya...haha.yang tu nanti2lah cerita...

Dalam hidup ak, ak banyak suka kat orang yang x pernah dan xkan suka kat ak. Ak sedar, ak ni x lawa, badan pun hot cam Gloria dari Madagascar ja, jadi mungkin sebab 2 orang yang ak suka x pernah suka kat ak macam ak suka kat dia. Don't get me wrong. Ak suka badan ak. Ak x mau diet semata2 nak orang puji badan ak hot sbb pada ak, baik la kalau future suami ak ja yang puji cam 2 dari org lain kata cam 2. Ak suka diri ak sbb baik buruk ak, keluarga ak dan sahabat baik ak akan tetap sayang kat ak. Jadi ak tahu ak bertuah...

Jadi kenapa tajuk blog kali ni cerita cinta? hmmm...sbb ak x da cerita cinta yang ak boleh tulis kan? Tapi salah 2...dalam hidup ak banyak cinta yang ak boleh kongsikan...

Cinta pertama: Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w
Yang ni cinta pertama yang smua wajib ada dalam diri sendiri. Iyalah...xkan x cinta kepada pencipta kita? dan xkanlah pula tidak jatuh cinta kepada kekasihNya? Mestilah cinta kan? Ak harap cinta ak pada kedua2 ni semakin marak nanti. Amin...

Cinta kedua: Keluarga
Cintaku x akan lengkap tanpa mereka. Ak berterima kasih pada Allah s.w.t kerana mengurniakan mereka kepadaku...Merekalah cintaku yang terbesar. Kalau cerita Indon (sinetron) 2 ada Cinta Terbagi Lima, pada ak, cintaku terbagi lapan kerana aku dikurniakan keluarga yang besar. Mak, abah, along, angah, Adam, Cik Siti, Kakak dan Arif dan cintaku makin berkembang dengan kehadiran kedua abang iparku dan budak botak yang gemuk; Aidil Irfan (anak saudara pertama keluarga). Aku sayang smua insan ini dalam hidupku. Kami satu keluarga memang suka sangat bergaduh....(dah namanya pun adik beradik kan?)

Ak ingat lagi bergaduh dengan Arif (adik bongsu ak) untuk hantar dia ke tadika (sebab ak sekolah petang) setiap pagi. Bayangkan, setiap pagi kami bergaduh, ber'wrestling' sbb nak hantar dia ke tadika. Aku akan heret dia bangun pagi sbb Arif liat nak bangun pagi dan kami akan menjerit, bercakar, bertendang dan macam2 lagi sebelum dia bersiap ke sekolah. Jahat gla ak dulu2....haha...adess...Ingat lagi dulu baju tidur ak x ada yang selamat sbb Arif akan tarik sampai terkoyak, tangan ak habis bercalar dan lebam2 digigit dan dicakar Arif. Ak x salahkan dia sebab ak yang buat dia marah masa 2...Rindunya zaman 2....

Tapi sayang dan cintanya ak pada adik bongsu (yang ak x mo ngaku dia ni comel sbb nanti dia perasan) mmg ak paling rasa masa ak Form 1 (umur 13 tahun). Ak sayang dia...ak ngaku tapi susah pada ak nak tunjuk. (kakak kan ego?haha). Terbukti yang aku ni mmg sayang (spe x sayang darah sendiri weyh?kejam sangat 2) adik ak ni bila suatu hari dia x balik dari tadika. Ak sangatlah panik. Masa 2 dah pukul 12 lebih sedangkan tadika dia abes pukul 11 pagi. Masa tu ak x amek dia sbb dia slalu kata dia boleh balik sndiri dan dia x suka ak amek dia lambat, jadi pada hari 2 ak mmg x amek dia. Bila jam dah pukul 12 lebih, ak dah x sedap hati. Sbbnya di jalan nak ke tadika dia, banyak semak belukar, jlannya kecik dan sunyi. Mmg dekat dgn kawasan kampung berdekatan tapi jalan 2 agak sunyi dan ada satu rumah terbiar yang jadi sarang penagih dadah d situ. Ak pun x tahu kenapa hari tu ak biarkan saja adik kta dia nak balik sendiri. Paniknya ak pada masa 2, hanya Allah yang tahu. Ak jalan kaki pergi ke sekolah dia dan rasa nak nangis bila cikgu dia kata dia dah lama balik. Sepanjang jalan ak check kiri kanan takut2 ada yang x kena. Balik rumah, mata dah merah. Nangis cam orang gla dah sbb panik sangat. Hati dah fikir bukan2 dan otak dah fikir camna nak bagitahu mak yang adik dah hilang. Call member mintak tolong dia check skali lagi just in case terjumpa. Mmg masa 2 menangis teruk gle. Masa jari ak nak mendail nombor polis, tiba2 pintu rumah dibuka dan ada suara yang kata,

"Adik dah balik."

Ak terus bangun, pergi dekat adik dan...tampar dia. Kenapa ak tampar dia? Sbb ak takut sgt...mmg x rasional ak tmpar dia tapi itu adalah reaksi ak...Adik? Dia memang terkejut...Sebab lepas ak tampar dia, ak peluk, menangis dan tanya dia pergi mana dan menangis lagi. Tahu apa adik buat lepas 2? Dia ketawa berdekah2 dekat ak...Tapi ak dah x peduli sbb dia dah selamat. Nak tahu dia pergi mana? Dia pergi ke rumah kawannya yang ada dekat dengan tadika sbb kawannya ada buat majlis hari lahir...aish~luruh jantung ak dengar...Lepas tu ak pun pergi ke sekolah. Balik dari sekolah, sebaik saja dia nampak muka ak, terus dia berlari masuk dalam rumah smbil kata,

"Makkk...tahu x tadi kan...Kak Ain tampar adik dan menangis," dan terkeluarlah semua cerita...Adesss

Dan mak kata kat adik,

"Kak Ain tampar adik sbb dia sayang la tu..." dan adik masih lagi ketawa. Rasa nak cubit ja dia masa 2...tapi betul, ak tampar dia sebab ak sayang...

Ak juga masih ingat lagi ak pada cubitan bisa Angah bila dia marah atau tumbuk belasah Along masa kami kecik2. Angah x boleh lawan ak sebab macam yang ak cakap di awal cerita, ak ni hot macam Gloria, tapi Angah kecik macam kerengga. Cubitnya berbisa tapi tendangan ak lagi terasa. Kelakar masa 2...Selalunya masa tidurlah kami ak mula bertendang dan bercubit. Biasalah...ak ni tidurnya gasak (lasak)... jadi Angah akan cubit ak masa ak 'cross' kawasan dia tidur. Uissh...Angah bila cubit, x lepas. Dia akan cubit smpai keluar kulit. Jadi apa lagi, tendangan demi tendangan akan ak lepaskan sehingga Angah mengalah dan menangis sendiri...Jahat kan ak?haha

Tapi yang ak paling ingat adalah cerita ak bersama Along dan Angah dikejar Adam yang tengah mengamuk. Kami bertiga seronok sangat mengusik dan Adam yang sudah tak tahan diusik (sehingga menangis2 diusik kakak2nya) tiba2 ternampak parang yang kebetulan ada d depan rumah. Apa lagi, masa itu, terus saja Adam capai parang itu dan jerit,

"Aku nak bunuh hampa semua!"

nak dipendekkan cerita, ak, Along dan Angah penat berlari pusing kawasan perumahan kami untuk mengelak diparang oleh adik sebab usikan terlampau. Yang hebat 2, takut punya pasal, kami boleh mengalahkan Adam yang juara pecut sekolah...haha.Putih tapak kaki berlari. Sebaik saja dapat peluang masuk rumah, mencicit smua berlari kunci smua pintu d rumah sbb x mahu Adam masuk. Nasib baik sbb sebaik kami masuk rumah, Adam balik parang 2 dan terlekat d depan pintu. Dan lepas 2 masing2 penat. Adam tertidur depan rumah dan kakak2nya tertidur depan pintu (jadi penjaga pintu) sbb takut Adam cuba masuk. Jadi ingat tu, jangan usik orang melampau2...

Ada lagi cerita cinta dalam hidup aku...tapi nanti2lah cerita...haha...dah penat dah.

2 comments:

Anonymous said...

kuangjaqqq...!!
mak maluewwww~
hahahaha..miss those time..

err..pasaipa cinta hang terbagi lapan saja..??
1. Mak
2. Abah
3. Along
4. Aku
5. Adam
6. Awa
7. Kakak
8. Ariff
9. Aizdn *err..sayang ke..??*
10. Mr. Hafiza
11. Mat Ipan

Hoh! 11 LOL!

Beast said...

ya la...yang paling besar 8.yg no 9 tu...err....hahahaha.subjekjtif kot sayang 2...hehe.bila nak bagi ak sayang org no 12 pulak?