Saturday, September 4, 2010

Ramadhan


Salam
Rasanya baru sahaja aku membuka tangan dan mengalu-alukan kedatangan Ramadhan al-mubarak, Ramadhan kareem; bulan yang mulia dalam kalendar Islam. Rasanya baru sahaja aku cuba untuk mengabadikan dan memperuntukkan masa yang paling banyak untuk bulan ini. Rasanya baru sahaja aku sujud dan tunduk dengan tawadhu' kepada Penciptaku. Rasanya baru sahaja aku ingin mengecapi manisnya bulan ini.

Tiba-tiba...engkau sudah mahu pergi meninggalkanku...

Alangkah syahdunya hati ini, memberontak jiwaku untuk melepaskan engkau pergi kerana sesungguhnya, aku tidak tahu samada aku masih boleh menyambut kedatanganmu pada tahun depan.

Bulan ini padaku, tidak sempat untukku menggunakannya sepenuh hati. Adakah aku sempat menggunakan ketiga-tiga fasa dalam bulan ini secukupnya? Adakah ibadahku diterimaNya? Astagfirullah...rasa berdosanya aku pada masa ini hanya aku dan Dia sahaja yang tahu. Aku rasa kerdil saat ini, tatkala aku melihat kalendar di dinding dan mendapati bulan ini sudah hampir berakhir kerana padaku, masih belum cukup aku menggunakan bulan ini untuk Dia.

Adakah aku masih boleh bergembira di Hari Raya, hari kemenangan Islam? Layakkah aku menerima kurniaan Allah (yakni Aidil Fitri)? Adakah aku dikira menang dan boleh meraikannya? Memang, ramai yang akan kata, terimalah Aidil Fitri, sambutlah ia dengan meriah kerana itu tanda kemenangan kita. Tetapi betulkah kita menang ganjaran Allah pada bulan Ramadhan untuk menyambut Aidil Fitri? Wallahualam...

Sila datang lagi Ramadhan...aku menantimu. Insyaallah.

3 comments:

mulanrizu said...

rasa nk nangis baca ni...

n 1 more thing, notice some changes at 'about me'. tahniah farah~! ^_^

Beast said...

thanks munal...mmg sedih pun...
rasa x smpat lagi nak buat apa2 bulan ni...
sedang cuba berubah perlahan2...
insyaallah

. said...

insaf... T__T