Friday, October 2, 2009

Sudah KetentuanNya...

ak masih belum dapat terima berita ni...
ak masih menangis memikirkannya...
tp mungkin ini semua ketentuanNya...

kata makcik ak a.k.a Cik Chah (mak buah ati kecik ak)
mungkin ini dugaanNya
makcik ak kata, kalau Muhammad Aidil Syazwan (nama arwah) idup, mungkin ak xkn dpt p ke NZ dengan tenang...
sbb sentiasa akan rindukannya...
mungkin ini juga hikmah ak untuk tidak membenci org dan bersumpah dengan menggunakan namaNya lagi

ak ni jahat orgnya
sbbkan ak benci suami along, jdi ak penah sumpah yg ak xkn pegang anak dia
terutamanya jika muka bb sama cam suami along...
Allah maha kaya...
Dia dengar apa yg ak kata
dan padan muka ak, Dia tunaikannya
keputusannya, ak makan hati dan tergigit lidah sendiri
semua salah ak...

2 la...
pandai sgt bersumpah...
sumpah dah makan diri
kepada semua yg dilanda amarah dan geramkan sesiapa pun,
JANGAN SESUKA HATI BERSUMPAH DENGAN namaNYA...
dia akan dengar dan keburukannya ialah ianya akan ditunaikan....
Allah tahu yg ak x puas ati dengan keputusanNya...
siapa yg boleh terima?
tapi semua yg berlaku ada hikmahnya...

waktu ak tgk arwah...
arwah nampak sgt tenang, seumpama dia sedang tidur dengan nyenyak
semua yg hadir mengharapkan arwah bangun dan tersenyum
ak dapt rasakan arwah ada lesung pipit d pipinya
x tahu kenapa sebab arwah xkn dapat senyum lagi...
tp ak dapat rasakannya...

arwah comel sgt
semua x dpt tahan sebak bila dia dibalut dengan kain kapas yg menutupi kepalanya seperti topi...
comel sangat...
ak rasa macam nak dakap dia dan kata;
'bangun la, mak lang ada di sini...jumpa la dengan mak lang dulu'

mukanya putih, matanya sepet macam cina
hidung pulak?
msti la hidung family Ariffin...
hidung tok pah dia...
badannya tegap dan sedap
rambut hitam sgt, lebat...
jari dia pendek dan chubby...
kalau la dia hidup...
msti best dpeluk

ak masih lagi terawang-awang
rasa x percaya
bgn pg td rasa cam semua yg berlaku semalam x betul
arwah masih hidup
along x bersalin lagi
semua org tgh hepi
tp ak sedar, semua 2 xkn berlaku
arwah dah xde...

jadi bila ak teringat arwah, ak baca al-Fatihah kat dia
wpun dia seputih kapas, tiada noda dan dosa
tp harapnya doa itu dapat tutup rawan d hati ak...

Kecuaian doktor:
semua ni salah mereka
adakah along nak saman?
ak pun x pasti
wpun ak rasa nak bunuh mereka
namun ianya xkn dapat kembalikan arwah

mengikut cerita along
dia dibiarkan tanpa bersalin wpun air ketuban dia dah pecah selama 36 jam
pecah ketubannya berserta darah
jadi sepatutnya dia dah d ceasearean
kenapa x?
sbb doktor pakar x da
jd that stupid intern x mo bwk dia masuk operation theater
dia x makan selama 2 hari...
along dah penat sgt
dia minta lagi operation waktu rahim dah terbuka sebyk 8cm
doktor kata boleh bersalin normal
jd tahan je la
waktu dalam bilik bersalin
mereka tolak dan tekan perut along sbb kepala bb x betul2 d entrance\
tenaga lelaki, bayangkan la...
sampai along sesak nafas dibuat mereka
kata mereka ala, sket ja
tahan la...
depa ingat bersalin ni mcm kentut ke?
dsbbkan tolakan kuat mereka, kedudukan bb terus berubah
bayangkan bentuk c di depan rahim
jd kepala bb terus x leh kuar
as a result
along menerima 8 jahitan instead of 3 or 5
luka yg sgt besar

bb bernafas dan menangis apabila dia dilahirkan
tp sebentar saja
nurse ada ckp dekat intern2 2,
'bb dah hijau ni, nak panggil doktor pakar?'
n intern2 2 x mo sbb takot kena marah
iyala, dah terang2 salah prosedur
bila bb dah x bernafas, masing2 panik dan tgk sj
lepas lama sket br doktor pakar naik
tp dah terlewat
bb cuma idup selama 43 minit...
masa yg panjang utk diberi sebarang bantuan
namun masa itu terbuang begitu sahaja
alasan? takut kena marah...
bangang kan?

tp kalau bunuh mereka dapat hidupkan arwah
ak sanggup jd pembunuh sekarang...
tp sudah ketentuanNya...

al-Fatihah buat Muhammad Aidil Syazwan bin Mohd Aizuddin...
baby of Anis Farhana Sulaiman



No comments: