Tuesday, June 23, 2009

MERDEKA!

Slalunya merdeka dikaitkan dengan Hari Kemerdekaan. Tp merdeka ni banyak maksudnya. X semestinya bebas dari penjajah dikira merdeka. Pada ak, kta ni masih dijajah. Tgk la anak2 muda skarang...Muzik Barat memainkan peranan penting dalam revolusi muzik tempatan. Kenapa kta msti meniru muzik Barat sedangkan muzik kta pun x kurang hebatnya. Kenapa pulak nak meniru tarian 'mat salleh' sedangkan tarian kta sangat berseni. Cuba gabungkan beberapa element tarian yang berbeza dan kta akn dapat satu jenis tarian yang baru.

Bahasa pulak. Kenapa nak cuba cakap macam 'mat salleh' sampai tergeliat lidah sedangkan kalau nak dikira, loghat 2 x ada makna pun dalam percakapan. Cuba tengok Singapura, 'Singlish' mereka diiktiraf sbb 'grammar' nya betol. Jadi apa salahnya bercakap dalam 'Malaylish' asalkan org faham apa yang kta cakap. Ni x de la sampai 'mat salleh' 2 pun naik heran dgn apa yang kta cuba cakap. Ak dah byk kali dah tgk org cam ni. Punya la nak bunyikan 'rrr' cam 'mat salleh' sampai 'mat salleh' tu tnya balik;

'Excuse me. What are you trying to say? I can't understand you at all.'

Haih...

Pas tu satu menda ni yang ak agak geram bila org cakap (ni 'stail' org dulu la cakap, skrg x tau la).

'Ni barang ori la, bukan barang local.'

Pada pandangan orang tu, ori maksudnya original. Local plak maksudnya cetak rompak.

Haih....

SALAH tu. Local kan tempatan maksudnya. Apasal plak samakan barangan tempatan dengan benda tiruan ni?

Haih...

Ak tau. Blog yang ak tulis ni pun campur aduk BM dan BI. Tp x da la sampai ak agung2 benda Barat sgt. Ak hormat depa sbb dalam sesuatu perkara, depa mmg bagus. Bayangkan, untuk takluk Malaya, mereka sanggup belajar Bahasa Malaysia hingga ke satu tahap mereka boleh bercakap sefasih org kta. Kita pulak, baru cakap dengan orang Indon, dah nak slang macam depa. Bukannya depa x faham apa yang kta kata. Naik menyampah ak dengar. Cakapla Bahasa Malaysia yang penuh tanpa dicampur2 dengan longhat org lain. Kta punya keunikan sendiri. Jangan la tolak semua tu ke tepi untuk jaga hati orang lain.

Macam cikgu ak kata;

'Asyik x pa, x pa...Lama2 tinggal celepa.'

Bagi yang x tau maksud celepa 2, ikut kata cikgu ak, celepa 2 bekas org letak rokok daun. Lebih kurang cam bentuk kotak rokok la. Betul kata dia, bila orang nak ambil, kta kata 'x pa...' akhir skali kta cuma tinggal kotak kosong saja la.

Lagi satu, org kta ni x da idea original. Bosan betol kadang2. Ak bukan x sokong karya tempatan. Cuma kadang2 org kta ni klise. Mana x nya, bila keluar satu cerita hantu, ramai la pulak buat cerita hantu. Sampai nak muntah tgk. Ak ska tgk cerita yang lain dari yang lain, yang ada maksud tersendiri mcm karya Yasmin Hamid dan Afdlin Shauki. Ak smpai sanggup p tgk berulang kali dan beli yang original.

Tp....Filem lain2....

Haih....hancur!

Macam novel pulak, asyik benda yang sama ja, org 2 dikahwinkan wpun benci satu sama lain. Waktu kahwin terseksa, makan hati dengan pihak satu lagi. Pastu berbaik dan jatuh cinta, kemudian datang pihak ketiga dan buat fitnah. Slalunya ppuan 2 akan mengandung tapi gugur dan suami dia insaf. Pas tu baru la berbaik semula. BOSAN.....

Cuba tgk karya 'mat salleh'. Ada cerita ttg kekeluargaan, cerita ttg kehidupan, cerita yang memberi inspirasi kepada org lain. Cerita ttg pengembaraan, ttg alam fantasi. Ada pelbagai genre hinggakn x tau nak letak buku 2 dalam klasifikasi yang mana. Macam 2 baru la seronok. Kta diberi pilihan untuk membaca. Ni x....ak dah baca byk novel Malaysia. Sampaikan ke satu tahap, keliru cerita yang mana satu sbb plot lebih kurang.Jadi sewaktu cerita dgn kawan2, tiba2 termasuk cerita dari novel yang lain.

Haih...

Merdekakan lah fikiran anda!

Fikir2...

No comments: