Thursday, September 16, 2010

Chipsmore

Salam...

Hurm...ak td tgh usha2 atau stalk sket page FB orang (member ak dan member kepada member ak) dan ak terperasan sesuatu yang buat ak rasa pelik...

Tapi sebelum itu, perlu diingatkan, apa yang ak nk ckp ni akan menyentap dan buat orang2 tertentu terasa namun ak nak ckp yg ak bukan saja nak kutuk atau kata tapi ak nak ckp ja...Kalau terasa 2 minta maaf la tapi ak kadang rasa ak x yah pun nak minta maaf sbb korang 2 yg kena minta maaf kat Dia atas hal ni. Ak bukan nak jadi kaki sebok atau jaga kain orang, tapi kira cam nak tegur r sket ya...

Chipsmore...kenapa entri ni tajuk dia chispmore? Ingat tak dulu2 feymes tagline ni: "Sekejap ada, sekejap tiada"?...Hah...yang 2 la sebabnya terjadi post kali ni...

Ak pun x faham gak manusia ni kadang2...apa yang dia nak tunjuk sbnarnya? Kita ni takut kat manusia (dan hantu) lebih dari kita takut kat Dia kan? Salah betul konsep takut kita ni...Pas 2 pakai hentam taram ja buat apa2 dalam hidup smpai x ingat hukum Dia...

Ak sbnarnya nak ckp sal 'tudung'. Ak bukan nak kata ak ni pakai tudung sgt sempurna sbb ak pun tahu, ada ja yang x betul2 ikut syara' pakai tudung (termasuklah ak kadang2 tp ak tengah cuba). Jadi kalau pakai tudung 2, kekalkan la...jangan jadi chipsmore. Bukan ak saja pening, orang2 sekeliling pun pening tgk gak. Sat bertudung, sat bukak. Pelik2 betul...

Tnya diri balik, kenapa pakai tudung? Sbb fesyen ka? Sbb orang ka? Atau sbb terpaksa? Kalau ada yang ckp ya kepada salah satu situasi di atas, aish~ x tau la nak ckp apa dah...tp mcm 2 pun, jgn r pakai on-off...Ingat suis elektrik ka apa...leh on-off suka2 ati ja? Pening ak tgk...dah 2 letak pulak gambar d FB, tayang kat org... Yang pelik 2, gambar cam chipsmore betul. Satu gambar bertudung, pas 2 gambar seterusnya x da tudung, pas tu ada balik. Yang best 2, bila gambar bertudung litup, ramai puji 'cantik' la, 'ayu' la pas tu seronok sendiri. Kan bagus kalau puji-pujian tu dijadikan satu dorongan untuk terus bertudung. Ni x...komen hanya tinggal komen. Pas 2 bila d gambar yang x pakai tudung, ramai pula yg bagi komen x membina cam 'Cantik r u ni bila free hair' (contoh saja) atau 'Pheeewit...cun abes la'. X membantu betul.

Kenapa nak tayang rambut tp at the same time letak gak gambar bertudung? kalau dah mmg free hair, x yah r ada gambar bertudung dalam picture album tu. Org pun tertanya2 pakai tudung ka x?

Adess...entri ni cam emo lah pulak kan? X...ak bukan emo ka, nak mengata ka apa ka...tp kan manis kalau pakai tudung...comel pa? Ak suka sgt tgk gambar org2 yang pakai tudung (betul2)...comel...ak harap ak pun boleh cam 2 gak satu hari nanti...insyaallah... eh...ak bukan nak pakai sbb comel tau, ak nak pakai sbb Dia suruh tp manis kan tgk org pakai tudung litup ni...sejuk ja pandang...

mcm ni...manis ja dia...

yang ni ak amek dr blog ni...dia jual tudung d Malaysia.meh ramai2 beli: http://beautifultudung.blogspot.com/

Jom kita mencuba untuk pakai tudung mengikut syara'. Kat ne nak cari eh tudung2 cam 2 di sini?

P/S: ak bukan mengata siapa2 k? Ni pendapat umum saja...ak x da hak nak menilai orang...tu semua tugasNya...tp x salah kan kalau menegur? Marahla sbb terasa tp ubahlah kalau terkena...Selamat Hari Raya...Maaf zahir dan batin =)

Friday, September 10, 2010

Perlukah menangis di Hari Raya?

Salam...

1 Syawal sudahpun menjelma semalam. Jadi sebelum saya memulakan entry yang mungkin agak panjang (bergantung pada keadaan mood), saya ingin mengucapkan,
Maaf Zahir dan Batin atas kesilapan saya, jika andainya kata-kata saya mengguris rasa, intonasi saya menyebabakan ada yang terasa...

Halalkan makan minum saya, hutang-hutang jika ada
Saya pun ingin memaafkan semua atas apa-apa jua kesilapan yang pernah dilakukan samada sengaja atau tidak
Amin...

1 Syawal semalam merupakan kali pertama saya beraya di perantauan dan tidak pulang ke rumah. Teringat pada 28 Ramadhan, bersamaan 9hb September 2010 di mana saya telah pun turun untuk tarawikh tetapi mendapati bahwa tiada sesiapa pun di situ kerana semua masih menunggu berita dari FIANZ (Federation of Islamic Association New Zealand) untuk mengumumkan tarikh Aidil Fitri. Iyalah, kami di sini bukan macam Malaysia di mana pengumuman dibuat melalui siaran television. Kami hanya menggunakan perantaraan Internet untuk mengetahui hal-hal seperti ini. Jadi semua rakan-rakan yang lain sibuk meng'refresh' page FIANZ untuk mengetahui pengumuman raya kerana Australia yang memulakan puasa sama seperti New Zealand telah pun mengumumkan yang raya mereka sama seperti Malaysia iaitu pada 10hb September. Walaupun telah ada rakan-rakan yang mendapat SMS yang mengatakan raya kami sama seperti Malaysia, namun ramai yang tidak yakin dan menunggu kata putus FIANZ. Pabila saya mendengar bahawa raya sama seperti Malaysia, hati saya hiba secara tiba-tiba. Kenapa saya rasa demikian, anda boleh check entri sebelum ini yang bertajuk Ramadhan.

Berbalik kepada entri ini; perlukah menangis di hari raya atau 1 Syawal? Mengapa saya bertanya soalan ini? Sebenarnya, ada yang bertanya, perlukah menangis sedangkan hari raya merupakan hari kemenangan orang Islam selepas sebulan menahan hawa nafsu dan beribadah kepada Allah. Jadi kiranya 1 Syawal perlu dirai dengan kegembiraan. Ya, saya akui semua itu kerana kegembiraan Syawal sudah pasti. Saya gembira dengan Syawal. Namun pada fikiran saya, perlulah ada sedikit kekesalan atau kesedihan. Sekurang-kurangnya kesedihan itu adalah kerana kita sayu Ramadhan akan meninggalkan kita.

Sayu yang seterusnya pada pendapat saya ialah sedih apabila meminta maaf kepada kedua ibu bapa kita. Memang, memohon maaf pada hari raya adalah budaya kita semata-mata. Tidak pernah ada hadis, dalil, mahupun ayat al-Quran yang mengatakan bahawa kita perlu meminta maaf kepada ibu bapa kita pada hari raya, kerana pada hari-hari lain pun boleh juga meminta maaf. Namun tradisi ini pada saya tidaklah salah. Mungkin tradisi ini wujud kerana pada hari raya, semua orang (satu keluarga) akan berkumpul di bawah satu bumbung. Jadi pada anak-anak atau kaum keluarga yang jarang berjumpa kerana kesibukan masing-masing boleh bertemu rupa di hari mulia ini. Jadi pada hari itulah semua orang boleh bermaafan dan bergembira kerana semua telah pun ada di satu tempat yang sama.

Kalau kita memohon maaf pada ibu bapa kita, mesti lah ada perasaan di mana kita teringat salah-silap kita dari kita kecil hingga lah kita besar. Saya bukan orang yang baik, saya akui hal itu. Saya masih lagi mengata 'tidak'. terbuat muka atau mendengus pabila saya marah kepada ibu bapa saya. Saya tahu saya banyak kecilkan hati mereka, jadi apabila saya memohon maaf, tidak malu saya katakan, saya menangis bagai anak kecil. Saya tidak tahu jika ada antara kita yang tidak sebak apabila meminta maaf kepada kedua orang tuanya. Mungkin ada. Mungkin mereka tidak menangis kerana mereka acap kali meminta maaf andainya mereka membuat kesilapan kepada ibu bapa mereka. Wallahualam. Tapi pada saya, sebaknya masih terasa tambah-tambah lagi kerana saya tiada di sana pada hari mulia itu. Saya rindukan mereka, rindu memeluk dan mencium mereka kerana saya tidak tahu sempatkah saya berjumpa mereka lagi. Saya tidak tahu bilakah mereka atau saya akan pergi dahulu kerana semua itu suratanNya. Jadi saya sedih memikirkan hal itu. Namun begitu, saya tidaklah bermaksud untuk mengatakan bahawa semua perlu menangis pada hari itu dan tidaklah pula saya mengatakan orang yang tidak menitiskan air mata itu 'keras' dan tidak berperasaan. Tidak. Saya cuma ingin berkongsi apa yang saya rasakan. Itu sahaja.

Jadi, entri ini tidak bermaksud untuk mengata atau menuding jari pada siapa-siapa pun. Tidak. Saya cuma mahu berkongsi. Itu sahaja. Jadi pada siapa yang terasa, maafkanlah saya. Saya tiada niat untuk menyebabkan sesiapa pun terasa.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua.
Rindu pada semua (ignore my ugly editing)

P/S: waah...sangat skema entri aku untuk kali ini, siap guna 'saya' dan tidak ada singkatan perkataan. (-_-"). Mood raya la katakan... (^_^")

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan


Salam
Rasanya baru sahaja aku membuka tangan dan mengalu-alukan kedatangan Ramadhan al-mubarak, Ramadhan kareem; bulan yang mulia dalam kalendar Islam. Rasanya baru sahaja aku cuba untuk mengabadikan dan memperuntukkan masa yang paling banyak untuk bulan ini. Rasanya baru sahaja aku sujud dan tunduk dengan tawadhu' kepada Penciptaku. Rasanya baru sahaja aku ingin mengecapi manisnya bulan ini.

Tiba-tiba...engkau sudah mahu pergi meninggalkanku...

Alangkah syahdunya hati ini, memberontak jiwaku untuk melepaskan engkau pergi kerana sesungguhnya, aku tidak tahu samada aku masih boleh menyambut kedatanganmu pada tahun depan.

Bulan ini padaku, tidak sempat untukku menggunakannya sepenuh hati. Adakah aku sempat menggunakan ketiga-tiga fasa dalam bulan ini secukupnya? Adakah ibadahku diterimaNya? Astagfirullah...rasa berdosanya aku pada masa ini hanya aku dan Dia sahaja yang tahu. Aku rasa kerdil saat ini, tatkala aku melihat kalendar di dinding dan mendapati bulan ini sudah hampir berakhir kerana padaku, masih belum cukup aku menggunakan bulan ini untuk Dia.

Adakah aku masih boleh bergembira di Hari Raya, hari kemenangan Islam? Layakkah aku menerima kurniaan Allah (yakni Aidil Fitri)? Adakah aku dikira menang dan boleh meraikannya? Memang, ramai yang akan kata, terimalah Aidil Fitri, sambutlah ia dengan meriah kerana itu tanda kemenangan kita. Tetapi betulkah kita menang ganjaran Allah pada bulan Ramadhan untuk menyambut Aidil Fitri? Wallahualam...

Sila datang lagi Ramadhan...aku menantimu. Insyaallah.