Friday, November 21, 2014

Freefall Towards Allah...dan bagaimana Dia menyambutku ke dalam cintaNya

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ar-Rahman, Ar-Rahim...

Tahukah anda betapa hebatnya kalimah ini? Pernahkah terfikir mengapa Allah mengulang kalimah ini berkali-kali di dalam surat cintaNya (baca: al-Quran)? Ya Allah, hati ini Allah ingin basahkan sebasah-basahnya hari ini.

Saya tidak pasti samada saya mampu meneruskan penulisan tanpa menangis mengenang kejahilan diri. Hari ini, Allah mahu saya merasakan betapa hebatnya cintaNya pada hambaNya. Saya rasa seperti hampir pecah hati saya dengan perasaan kasih Allah sehingga saya merasakan jika saya tidak dapat meluahkannya, akan runtuhnya empangan dalam dada saya dan saya sendiri akan lemas kerana tiada sumber untuk melepaskannya pergi. Jadi oleh kerana itu, saya akan cuba memberikan perasaan saya pada harini kepada pembaca yang ada walaupun mungkin hanya sedikit.

Minggu ini saya kira agak panjang buat saya. Setelah seminggu yang lepas tidak berbuat apa-apa kerana Minggu Aktiviti di sekolah (saya bakal guru Bahasa Inggeris di MRSM InsyaAllah), minggu ini datang dengan cabaran mental dan deraan jiwa untuk saya. Saya rasa lemas dan tertekan. Di sini saya kongsikan sedikit tentang tekanan saya agar pembaca dapat memahami dari mana datangnya perasaan melimpah dan membuak yang Allah hadirkan untuk membuktikan sayangNya pada saya.

Minggu ini, setelah 'penat' berfikir aktiviti untuk dilakukan dengan kelas yang telah saya pilih sebagai 'anak angkat' saya sepanjang praktikum, saya didatangi dengan cabaran untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Mentor saya telah meminta saya mengajar dan menghabiskan satu silibus dalam masa 2 minggu. Saya tertekan dengan permintaannya. Ianya kerana saya suka belajar sastera dan target saya pada anak kelas saya adalah supaya mereka meminati sastera kerana rata-rata pelajar tidak minat dengan perkara ini.Saya tertekan kerana saya telah memikirkan pelan mengajar yang saya kira gempak tidak dapat dilaksanakan. Sementelah itu, saya diminta mengajar penulisan dan tatabahasa (baca: grammar) yang memang bukan menjadi kekuatan saya. 

Satu lagi saya tertekan kerana saya merasakan berseorangan dalam gerabak dakwah yang pada saya kadang seperti ETS dan kadangnya seperti KTM. 

Pabila semua perkara menyesakkan dada, kepada siapa lagi boleh saya mengadu kalau bukan Dia? Namun begitu, lemahnya saya sebagai manusia...Tindakan pertama saya adalah menelefon akhwat dan membuat sesi curahan hati dengannya atas semua perkara ini. Dia amat membantu. Namun begitu, hati saya runsing. Saya masih sedih. Seolah tidak selesai walaupun hampir segelen (baca:berliter-liter) air mata saya tumpahkan dalam sesi perbualan telefon itu. Rupanya Allah hendak saya menangis mengadu padaNya juga. Oleh itu, dengan hati yang hiba, saya adukan padaNya perasaan hati saya. Saya banjirkan tikar sejadah tatkala saya berjumpa (baca: dating) denganNya. Saya menjadi tidak malu, tidak segan-silu meminta itu dan ini; ibarat anak kecil yang menunjuk sana -sini di kedai alat mainan kepada ibu yang sedang sabar melayani.  

Dan ya Allah, betapa saya amat dilayani Allah hingga saya lesu dalam dakapannya malam itu. Penat saya mengadu hingga Dia hadirkan tidur yang tenang buat saya di hamparan kasih sayangNya. Allah...malam itu saya tidur dengan nyenyaknya selepas semua di dada telah saya hamburkan kepadaNya. 

Esoknya, hati saya lebih tenang. Namun begitu masih banyak yang bermain di benak saya. Saya masih merasakan bebannya untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Jiwa saya membentak dan gelisah. Dan sekali lagi Allah hadir menenangkan diri. Dia menghantar naqibah saya dan sekali lagi, saya tewas dengan kelemahan diri. Saya menangis dan bercerita kepada naqibah saya. Nasihat naqibah saya, ukhwah sangat penting dalam gerabak dakwah yang panjang. Tanpa ukhwah dan akhwat (baca: saudara perempuan islam yang ikut tarbiyah) sebagai pendokong, gerabak ini akan lemah tidak bermaya. Jadi katanya, berceritalah dengan akhwat walaupun sekecil perkara dan jangan malu bertanya dan berghadaya (baca: curahan hati) dengan semua. Selepas itu Allah hadirkan seorang lagi akhwat selepas sesi curhat (baca: curahan hati) dengan naqibah saya dan dengan akhwat ini, saya mengongoi ibarat anak kecil. Sudah bertahun tidak menangis seperti itu dan pada yang baru mengenali diri, sudah pasti sangat terkejut dengan tindakan ini. Saya pada zahirnya kelihatan sangat kuat dan tabah namun hati seorang daie, hati seorang muslim sangat sensitif; penuh dengan perasaan.Oleh itu perbuatan saya mengejutkan akhwat ini dan setelah saya menangis semahunya,

Dalam kekalutan perasaan yang menyerang ibarat machine-gun yang tidak berhenti, saya lepaskan diri kepada perasaan. Pada ini, kukira Allah menyebabkan saya menjadi sedemikian rupa. 

Namun, itulah cintaNya Dia padaku. CintaNya yang mengerti bahawa saya; hambaNya yang lemah ini tidak mampu hanya mengadu padaNya. Saya yang senantiasa menanti seorang hamba buat pengubat jiwa. Jadi Dia hadirkan satu-persatu mahklukNya, hingga saya selesa dan nyaman dipelukan cintaNya. Hingga saya dibuai kasihNya yang tidak berbelah bahagi. Di sini, saya melihat hebatNya Dia dalam meneliti aspek kehidupan mahklukNya. Di mana Dia senantiasa faham akan keperluan kita. Nah...di mana lagi bolehku lepaskan jiwa. Menanti sepenuh jiw pada Dia yang mencipta. PadaNya saya bebaskan cinta, untuk free fall ke arahNya dan tahu Dia akan ada, menyambutku penuh makna.


P/S: This is way overdue. Finally it is out. 

Wednesday, May 15, 2013

Vespa Abah

Salam...

Sejak dua menjak ni asyik teringat abah. Rasa bersalah sebab sekarang jarang telefon rumah.Rasa makin bersalah sebab bila Skype dengan ma, abah selalu tak ada. Kalau abah ada (selalunya jarang-jarang) mesti tak tahu nak cakap apa dengan abah. Kalau bercakap mesti akan awkward. Topik perbincangan selalu macam pokok (sebab abah dulu cikgu Sains Pertanian), my cat Onyx, politik atau pendidikan. Skema abis kan? Hmm...

Dulu sengaja create topik pokok sebab nak sangat cakap dengan abah masa Skype. Jadi tiap2 kali Skype akan cuba cari topik pokok untuk make sure abah cakap. Kadang tu, tak adalah dengar sangat sebab tak faham sangat pun (okay...guilty)...selalunya masa tu akan pandang wajah abah, tengok dia betul-betul and senyum dalam hati sebab abah akan sangat semangat bila cakap pasal topik yang dia suka. So dia akan suggest macam2...bajalah, matahari dan selalunya dia akan confuse kenapa cadangan dia tak menjadi...jawapannya adalah sebab anak dia bukannya ada masalah pun dengan pokok tu...yang tu alasan semata-mata nak bercakap dengan abah.hee.Last-last skali abah buat konklusi yang pokok di sini mesti pelik sikit sebab ada di oversea. hehehe....kalaulah dia tahu apa yang sebenarnya berlaku...hehehehe...tapi yang best adalah bila start je turn dia nak bercakap (selalunya akan cakap dengan ma dulu baru abah akan join and then cakap dengan abah...routine la tu)...oh bila dia nak cakap je, mula-mula sekali soalan dia adalah "pokok camna?" dan selepas tu "aritu abah bagitau buat ni and buat tu jadi dak?".heeee. Tapi sekarang dah x ada topik pokok sebab dah tak ada pokok di rumah baru. So sekarang topik perbincangan kami adalah Onyx. Kelakar je abah. Dia sangat berusaha nak bercakap sampai dia cari topik persamaan antara kami. Sebab tu makin sayang abah...tapi...awkward tu masih ada...

Sebenarnya, teringin nak bercakap dengan abah pasal hidup abah. Abah macam mana masa kecil, apa kegemaran abah, tokwan dan tok macam mana...garang tak...abah adventurous tak masa kecil? Nak tahu macam mana abah kahwin dengan mak...Nak tahu macam-macam tentang abah..tapi bila depan abah...lidah kelu tak berkata apa...hmmm...kenapa ya? Mungkin sebab dan laaaaama sangat tak bercakap dengan abah especially tentang topik yang berkaitan hati. Nak kenal abah dengan sebenarnya. Bukan abah sebagai abah. Nak tahu abah sebagai manusia yang bernama Sulaiman bin Darus. 

Okay...rindu abah...tapi...kaulah kata-kata itu dapat diluah (bukan x pernah luah, selalu je sms abah cakap rindu) tapi nak betul2 maksudkan dan zahirkan perkataan tu. Okay nak nangis. Tetiba kan? huhu...dah la ada di library...hee (okay saya tengah procrastinate masa buat assignment)...hee

Credit to: http://th05.deviantart.net/fs20/300W/i/2007/245/1/a/Vespa_Sprint_Blue_by_hadidah.jpg

Hmmm...kenapa dengan vespa abah...

Abah ada satu vespa yang warnanya biru muda. Lama dah vespa ni. Vespa ni ma kata tokwan yang punya, bukan abah. Vespa ni dah ada masa ma dan abah kahwin. Masa tu x beli kereta lagi. So kalau balik Penang, ma dan abah akan naik vespa. Lepas tu Along lahir. Kereta masih x beli lagi kata ma. So naik vespa pergi mana2 juga. Dan abah ikat satu kerusi di depan vespa (sebab vespa kan ada ruang di depan) untuk letak Along. Pastu Angah lahir. So akan letak Along dan ma akan sandwich Angah di tengah ma dan abah kalau nak ke mana2. Pastu lahirlah saya...and abah beli kereta...tapi ni bukan cerita tentang kereta. Ni cerita vespa abah...

Vespa abah vespa lama. Sama macam vespa dalam gambar tu. Tapi vespa abah yang lama. Abah memang bukan jenis yang jaga sangat body vespa (atau kereta) tapi abah sangat jaga engine kenderaan. So vespa abah dan ada karat2. Nampak sangat karat tu. Pastu engine vespa sangat kuat....saaaangat kuat. Dari sebatu orang dah boleh dengar. Jadi kawan2 masa sekolah dulu akan tahu yang saya nak datang sebab dengar bunyi vespa. Jadi malu sangat. T__T 

Dulu...Benci vespa abah. Benci sebab orang lain semua ada moto. Kenapa abah tak beli moto? Kenapa naik vespa buruk? Dah la seat pun ada koyak2. Benci sebab dari jauh orang dah boleh dengar bunyi vespa. Bunyi x best. Dulu...benci sebab vespa badan besar jadi bila nak naik susah dan tak boleh duduk dengan sopan. huhu. Saya bukan orang yang sopan masa kecik. Ganas je. Macam lelaki. Sangat macam lelaki tapi bukan tomboy, cuma ganas. X lembut langsung. Tapi still x suka duduk macam tu atas vespa. Sangat x selesa. Huhu. Jadi benci sangat vespa tu. Dulu...masa abah hantar pergi tuisyen malam sangat benci bila kena naik vespa. Tapi abah memang akan hantar naik vespa sebab dekat je dengan rumah. Tapi saya x dibenarkan jalan kaki sebab ma risau. Tapi benci naik vespa. Kawan2 semua suka usik buat bunyi moto...jadi sangat benci vespa tu.

Tapi tu dulu...

Tu masa kecik2 sebab tak faham. Tak faham betapa berjasanya vespa tu. Tak faham betapa bertuahnya kita yang sekurang-kurangnya ada moto dan ada abah nak hantarkan...Tak faham pengorbanan abah. Sebabnya...sebab tak pernah kenal abah. Tak pernah bercakap dengan abah. T___T

Sekarang bila dan besar lebar (hehe...sebab dah xkan panjang dah...melebar je boleh) barulah faham semua tu. 

Terima kasih abah sebab malam-malam sanggup hantar dan ambil Ain ke tuisyen. Terima kasih abah sebab tak pernah merungut kena bangun pagi2 ambil Ain di RnR Gurun masa balik dari Kuantan. Terima kasih sebab drive sana sini hantar dan ambil Ain masa Ain di KPMIM dulu. 

But my biggest thanks goes to Him...because He give me my ohsem dad. Without Him I won't have him in my life. 


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]


Friday, December 28, 2012

Melihat dunia melalui lensa islam

Salam semua. Salam Jumaat mubarakah sayyidul ayyam...

Apa khabar semua yang membaca? Apa khabar iman kita? Sudahkah kita berterima kasih kepada Allah atas semua nikmat yang Dia berikan kepada kita hari ini. Kalau ada yang mengalami hari yang kurang menggembirakan hari ini, janganlah kita mengeluh kerana insyaAllah apa yang terjadi pada hari ini ada hikmahnya. Mungkin akan ada yang berkata atau bertanya "Apa hikmahnya kalau hari ini kurang seronok buat kita?" Jawapan saya, wallahualam kerana Dia lebih mengetahui. Namun, apa yang perlu kita ingat adalah Allah tidak akan pernah membebankan hambaNya seperti yang dijanjikanNya dalam ayat ini "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." (QS 2:286). Jadi insyaAllah apa yang diberikanNya pada hari ini ada hikmahnya.


Lama sudah jari ini tidak menaip. Saya ni bukannya selalu sangat ataupun rajin sangat nak menulis walaupun dahulu, semasa di sekolah menengah, saya amat suka menulis. Mungkin kerana pabila saya meningkat dewasa saya melihat sahabat2 yang sangat hebat penulisannya dan saya merasakan agak inferior untuk menulis. Tapi hari ini hati saya tergerak untuk menulis sesuatu. 

Jadi saya mulakan penulisan ini dengan lafaz Bismillah...Mudah-mudahan apa yang saya tulis hari ini mendapat redhaNya dan memberikan manfaat kepada yang membaca insyaAllah. 

Pippel, G (n.d) taken from http://www.123rf.com

Saya mulakan penulisan saya dengan cerita tentang saya. Saya merupakan seorang pelajar yang sangat sukakan Bahasa Inggeris. Mulanya minat saya dengan Bahasa Inggeris adalah pabila saya melihat cerita "Home Alone" semasa saya berumur 8 tahun. Entah kenapa, minat saya lahir selepas itu. Hal ini ditambah dengan penguasaan Matematik saya yang lemah. Apatah lagi cikgu seringkali menyebabkan saya merasakan bahawa saya memang tidak akan faham Matematik (nota: Kepada cikgu Matematik dan juga kepada semua guru; termasuk saya, kita perlu sentiasa merangsang minat pelajar supaya pelajar tidak merasa bodoh di dalam kelas). Bukan saya ingin mengatakan bahawa cikgu saya tidak pandai mengajar, jauh sekali apa yang ingin saya beritahu di sini. Namun, ketidakadaan minat dalam bidang Matematik (dan seterusnya Sains) menyebabkan saya menjadi bertambah minat kepada Bahasa Inggeris. 

Okay, fast forward ke sekolah menengah. Saya memegang motto bahawa saya merupakan nobody without English. Hal ini kerana saya memang tahu bahawa saya tidak mempunyai minat langsung dalam bidang Sains dan Matematik.Motto ini saya pegang hinggalah saya masuk kolej dan menjejak kaki ke universiti. 

Saya merasakan saya tidak akan punya apa2 tanpa Bahasa Inggeris. Namun, saya tidak bangga dengan apa yang saya ada kerana saya tahu sahabat saya yang lain lebih hebat dari saya. Saya sering menekankan bahawa saya sukakan Bahasa Inggeris namun saya tidak hebat dalam subjek ini. Cumanya, saya masih merasakan bahawa saya tidak akan ke mana tanpa subjek ini.

Namun, tarbiyah (maksud: pembelajaran. lihat lebih lanjut maksudnya di sini:http://menggapaihusnulkhotimah.blogspot.co.nz/2011/01/tarbiyah-islamiyah.html ) yang Allah beri kepada saya mengubah cara saya berfikir.

Bumi New Zealand mengubah lensa mata saya. Di bumi ini saya mengenali apa itu islam yang sebenar. Saya telah ditransformasikan di sini dan di sini saya belajar mencintai agama saya. Banyak yang saya ingin ceritakan dan banyak perubahan yang saya alami. Namun, cukuplah hanya satu cerita di sini buat waktu ini. 

Cerita yang ingin saya kongsikan di sini adalah cerita tentang perubahan saya melihat dunia melalui lensa islam. 

Antara perubahan yang saya dapati adalah perubahan kepada apa yang saya banggakan. Dahulu, semasa saya kecil, saya bangga kepada Bahasa Inggeris; satu subjek yang saya kira mendefinisikan saya. Sekarang, apabila telah menerima tarbiyaNya, bangga saya bertukar. Saya menjadi bangga kepada agama saya iaitu islam. 

Satu persoalan yang ingin saya lontar di sini. Pernahkah terfikir apa yang akan berlaku tanpa agama islam di dalam diri kita? Saya pernah dahulu banyak kali terfikir begitu. Pada zaman dahulu, saya pernah terfikir seronoknya menjadi orang bukan islam (nota: pemikiran ini adalah pemikiran kanak-kanak tidak matang yang tidak tahu betapa istimewanya islam). Saya merasakan bebasnya mereka. Mereka boleh berpakaian dan makan apa sahaja yang mereka mahu. Namun kini, saya gentar apabila memikirkan andainya Allah menarik semula hadiah islam yang Dia kurniakan kepada saya.

Ya Allah, apakah yang akan terjadi kiranya kita tidak punya islam? Ya...mungkin kita akan gembira; hanyut dengan dunia kita kerana banyak nama2 besar dunia bukannya orang Islam dan mereka gembira, mereka kaya...namun, benarkah begitu? Adakah mereka benar2 gembira? Adakah mereka benar2 bahagia? Sedangkan Allah telah berfirman seperti berikut;

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya. (QS 6:32)

Gembira yang mereka kecapi merupakan gembira yang sebentar sahaja. Sama seperti kita, apabila kita bergurau senda sesama sahabat, adakah kita akan berterusan ketawa tanpa henti hingga kita 'tiada' (aka meninggal)? Saya rasa tidak ada orang yang berterusan ketawa kerana jika ada yang begitu mungkin kita akan memanggilnya sebagai 'wayar putus'. Jadi tawa kita hanya sebentar kerana tiada yang kekal abadi di dunia ini. Semuanya telah Allah jelaskan dalam surat cintaNya kepada kita iaitu al-Quran. 

Beruntung saya di sini kerana Allah memperlihatkan kepada saya apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas (QS 6:32). Allah memperlihatkan kepada saya apa yang dahulunya saya banggakan. Allah memberitahu saya bahawa budaya yang dahulunya saya sukai bukanlah satu budaya yang hebat. Apa yang saya kira sebagai bebas bukanlah bebas yang sejati. Apa yang saya maksudkan di sini? 

Apabila saya menjejak kaki di bumi New Zealand, saya melihat budaya hari Jumaat yang diamalkan oleh mat salleh yang dahulu saya kagumi. Budaya minum dan merokok mereka. Melihat mereka terhoyong-hayang mabuk apabila jam menunjukkan pukul 5 petang apabila mereka habis bekerja. Saat di mana semuanya berlumba pergi ke pub dan kedai minum berhampiran untuk 'bersosial'. Sosial yang di mana pada esok paginya menimbulkan sakit kepala yang amat sangat (aka hangover) dan yang paling parah apabila mendapati anda berada di atas katil bersama seorang yang tidak dikenali atau di tempat yang anda tidak tahu. Apakah keseronokan di situ? Apakah yang mereka dapat di situ? Mungkin anda sendiri boleh fikirkan jawapannya. Wallahualam. Saya tidak mendapati keseronokan di situ apatah lagi sebagai seorang islam yang bertudung, saya menjadi sasaran ejekan dan usikan mat salleh yang telah pun mabuk. Secara umumnya, orang New Zealand adalah orang yang peramah dan sangat berbudi bahasa, namum apabila mereka mabuk, semua moral yang mereka banggakan itu hilang begitu sahaja.Jadi semua ini membuat saya terfikir, apakah kebanggaan kita?

Bangga kepada IQ kita? Bangga kerana kita hebat? Bangga kerana kita cantik? Bangga kepada penulisan kita? Semua kebanggaan itu hanyalah sementara. Selepas itu, apa lagi yang boleh kita banggakan? IQ boleh hilang. Albert Einstein, orang yang kita kata pandai, di akhir hayatnya dikatakan gila dan ideanya selepas itu tidak diterima pakai. Elizabeth Taylor yang pada mudanya sangat mengguirkan, akhirnya apabila mati, masih menjadi makanan ulat di dalam tanah. Penulisan akan hilang tatkala munculnya penulis baru. Semuanya hanyalah sementara. Jadi persoalannya, apakah yang boleh kita banggakan?

Bangga kita sekarang hanyalah kepada islam yang ada di dada kita. Namun, berhati2 juga kerana hidayah itu milikNya dan pada bila2 masa Dia boleh menariknya. Wlaupun begitu, kita harus percaya dan yakin kepada sifat PengasihNya di mana kita akan sentiasa diampunkan. Banggalah kita mempunyai islam kerana hanya orang islam yang boleh masuk syurga. Banggalah kita dengan islam kerana islam mengangkat darjat kita seperti dalam surah ini:


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (QS 3:110)

Allah mengangkat darjat kita sebagai umat islam dengan mengatakan bahawa kitalah umat terbaik; namun hanya jika kita benar2 beriman kepada Allah.Jadi apa lagi yang perlu kita banggakan? Nah, Allah telah mengiktiraf kita sebagai yang terbaik dalam surat cintaNya. Pengiktirafan yang saya kira lebih tinggi dari pengiktirafan Raja atau sultan ataupun universiti terkemuka dunia. Ini kerana pengiktirafan dariNyalah yang kita perlu untuk memasuki syurgaNya. Jadi apa lagi yang perlu kita banggakan? Jika nama yang kita kejar, jika pangkat yang kita mahu, apa lagi yang lebih hebat dari ini? Sang Pencipta telah mengangkat kita sebagai umat terbaik. Jadi banggalah dengan islam yang kita ada sebelum ianya ditarik. Nauzubillah minzalik. 

Kelemahan saya sebagai penulis ialah saya selalu meninggalkan karangan saya tatkala pembaca merasakan masih banyak yang saya mahu tulis. Namun, saya merasakan jika saya berterusan menulis, apa yang saya cuba sampaikan tidak akan tersampai. Wallahualam. Jadi saya kira cukuplah di sini saya menulis. 

Alhamdulillah Allah memberi saya penukaran dalam lensa dunia saya yang sebelum ini sempit. Alhamdulillah kerana Dia memberikan peluang saya mengenal dan mencintai islam. Alhamdulillah kerana Dia mengakui saya sebagai umat yang terbaik. Saya ingin meminta semua berfikir sejenak, apakah maksud islam dalam diri anda? Mengapakah anda masih mahu menjadi islam? Apa itu islam buat anda? Apa pentingnya menjadi islam? Semua persoalan itu penting untuk mencari hala tuju anda sebagai seorang islam. Walaupun saya meminta anda mencari maksud anda sebagai seorang islam, naum perlu kiranya saya beritahu bahawa Allah telah memberikan jawapan kepada persoalan di atas di dalam kalamNya. Tujuan kita sebagai manusia dan semuanya akan terjawab dalam surat cintaNya. Jadi kita hanya perlu membacanya insyaAllah.

Saya sudahi penulisan saya pada hari ini dengan kata2Nya:

"Katakanlah: "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (QS 12:108) 

Inilah jalanku dan saya bukanlah dari golongan yang syirik insyaAllah. Tujuan saya cuma menyedarkan semua yang membaca insyaAllah. Maafkan saya andainya penulisan saya kurang tepat dan mungkin menambah kekeliruan dalam diri anda. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang elok itu juga dariNya cuma disandarkan atas kelemahan saya. (P/S: saya berkata demikian kerana tidak akan belaku apa2 di dunia ini tanpa izinNya). 

Sekian. Assalammualaikum. 

Saturday, July 14, 2012

Update Terkini

Assalammualaikum...

Apa khabar semua? Apa khabar badan kita? Apa khabar iman dan jiwa kita?
Harap semuanya sihat dan bertambah mantap.

Alhamdulillah...Masih bernafas pada hari ini. Masih sihat dan dikurniakan rezeki dan masih berada di bawah cintaNya. Alhamdulillah atas semua kurniaanNya hari ini.

Bismillah...

Lama benar jari ini tidak menaip di papan kekunci komputer riba ini...Rasa rindu pula. Namun pabila jari ini ingin menaip, urusan datang bertimpa-timpa, ditambah dengan rasa malasnya...hmmm...jadi tidak terisilah blog ini. Namun rindu pula untuk menaip, apatah lagi kerinduan untuk menulis sesuatu yang bukan akademik hadir secara tiba-tiba...Mungkin kerana lusa kelas akan bermula semula. Jadi sebelum terpaksa menaip, saya kira, baiklah saya menaip sesuatu yang saya suka. 

Sudah hampir setengah tahun tidak menaip. Mungkin kerana saya ini orang yang suka bercakap dari menulis jadi pabila ingin menulis, kadang-kadang terasa buntu. Saya pula orang yang jenis ideanya tidak tetap. Jadi bertambah-tambah sukar tugas menulis. Namun semasa di sekolah rendah dan menengah dahulu, saya amat suka menulis. Pada  masa itu saya merasakan bahawa saya kreatif (hehe...fikiran yang belum matang pada masa itu), namun semangat itu saya kira agak luntur tatkala melihat penulisan teman-teman yang saya kira lebih hebat dari saya. 

Walaubagaimanapun, saya rasa semua ada logam (kehebatannya) yang tersendiri. InsyaAllah. Namun begitu, kadang kala saya merasakan bahawa pabila saya menulis, saya terasa tenang. Saya selalunya hanya akan menulis perkara yang pendek-pendek seperti puisi yang tidaklah hebat pada fikiran saya tetapi boleh menyebabkan saya merasa tenang. 

Baiklah, kita hentikan sekejap apa yang saya bicarakan ini dan teruskan kepada topik utama blog ini. 

Apa yang telah saya lalui sepajang setengah tahun 2012 ini? 

1. "anak" kesayangan 
Yeap. Saya ada anak sekarang. Anak? Tidak...Saya bukan sudah berkahwin (doakan saya ya agar jodoh saya cepat *blushing*), namun ya, saya sudah punya anak. Ish, buat suspen pula saya ini kan? Anak kucing la. hehe. Oleh kerana sepanjang musim cuti panas saya agak tertekan kerana keseorangan, jadi saya bulat tekad untuk membela seekor kucing. Ini merupakan kali pertama saya membela kucing jadi agak gementar untuk membelanya, namun, alhamdulillah, bolehlah dikatakan berjaya.

Sesungguhnya, membela anak kucing amatlah menduga dan menguji saya. Tambahan pula anak saya ini sangatlah aktif dan pada awalnya macam-macam dugaan yang saya dapat. Sabar memang merupakan salah satu dari perkara yang Dia uji untuk membela haiwan yang manja ini. 

Hingga kini saya masih lagi diuji dengan kesabaran. Namun begitu, teringat pula ayat-ayat cintaNya mengenai kesabaran iaitu;

"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik" (70:5)

Sabar ini besar nikmatnya dan sabar disebut berkali-kali dalam al-Quran. Allah juga menyukai orang yang sabar. Namun begitu, sabar ini sangatlah sukar untuk dilaksanakan. Tetapi, ianya tidak mustahil. Jadi muhajadah kita pada hari ini? Marilah kira bersabar dengan sabar yang baik. Yosh!

Okay...Mari saya bercerita sedikit tentang anak saya yang lasak ini.

Namanya Onyx dan sekarang dia berusia hampir 5 bulan. Warnanya kelabu keputihan dan badannya panjang. Beratnya kini baru 3.57kg. Ringan kan? Mungkin kerana dia sangat aktif, jadi beratnya agak susah untuk naik walaupun makannya amatlah banyak. Gambarnya?




Kacak kan? Dia sangatlah comel dan sejak akhir-akhir ini, lasaknya makin kurang dan manjanya bertambah-tambah. Mungkin kerana dia sudah semakin matang. Jadi makin manja pula jadinya. 

Hmm...matapun sudah makin berat kerana sekarang sudahpun masuk tengah malam. Jadi baiklah saya berehat sejenak sebelum menyambung hari keesokannya jika saya masih diberikan peluang untuk bernafas lagi. 

InsyaAllah saya akan cuba sambung cerita saya sepanjang ketiadaan saya selama hampir enam bulan di blog ini. 

Sehingga kita ketemu lagi insyaAllah dan marilah kita cuba bersabar kerana "...Allah beserta orang-orang yang sabar" (6:88)

InsyaAllah.

Monday, December 19, 2011

Saya terima nikahnya...

Salam...

Alhamdulillah masih bernafas pada hari ini. Masih diberikan peluang untuk menebus dosa-dosa yang ada.

Alhamdulillah masih ada yang sayang. Masih punya kekuatan untuk berada di jalanNya.

Bismillahirahmanirrahim...Dengan nama Allah yang Pengasih, Maha Penyayang 

Okay...tajuk post nak kontroversi kan?

Hmmm...sebenarnya, dah lama rasa nak tulis tapi rasa segan pulak. Iyalah...kalau kaum Adam yang menulis tentang ini mungkinlah tidak ada peliknya. Tapi bila kaum Hawa yang membuka cerita terasa segan pulak. Tapi pabila terfikir sejenak, teringat pula kata akhwat (saudara Islam wanita) di sini yang kita juga perlu berikhtiar untuk mencari; bukannya duduk sahaja menunggu diri dipinang. Kerana Khajidah R.A pun meminang Rasulullah s.a.w. Okay. Mungkin ada yang akan berkata, siapalah kita untuk disamakan dengan Khadijah R.A? Hmmmm....pada saya, bukan hendak disamakan tapi tidaklah salah mengambil contoh (terutamanya contoh yang terbaik) untuk dijadikan pedoman dalam hidup.

Hmmm...Umur saya sekarang 23 dan tahun depan 24. Mungkin pada sesetengah orang, saya ni (mungkin) dikira masih muda. Tapi pada saya, saya ni berasa sudah sangat tua. Terutamanya apabila dikelilingi oleh orang-orang muda di sekeliling saya. Iyalah, akhwat lain muda-muda di sini; semuanya sebaya adik saya sendiri walaupun satu batch dengan saya. Dan saya pulak...hmmm...iyalah. Alhamdulillah Allah swt berikan peluang untuk datang ke oversea untuk belajar walaupun kalau nak dikira bila berada di Malaysia mungkin sudah hampir bergraduasi. Tapi saya pula di sini, masih menimba ilmu; masih ada baki 2 tahun untuk tamat belajar. Bukan nak menyalahkan sesiapa. Tidak, cuma menyatakan yang benar sahaja.

Kenapa ya tetiba saya ingin menulis tentang subjek ini? Sebenarnya dah lama ada perasaan ini cuma iyalah, macam tidak perlu diuar-uarkan secara berleleuasa di merata tempat.

Antara sebab-sebabnya:

1. Mungkin juga kerana keadaan sekarang di mana tidak mempunyai orang lain untuk meluahkan perasaan (semua dah balik ke Malaysia untuk cuti musim panas) yang menyebabkan saya menjadi agak sensitif dan berjiwa halus sekarang. 

2. Dan mungkin juga kerana video ini yang menyebabkan naluri saya semakin tersentuh. (sila lihat video di bawah):


3. Umur saya?

4. Along dan Angah yang kedua-duanya menanti cahaya-mata baru? haha...mungkin bukan contoh terbaik tapi saya sukakan budak kecil terutamanya bayi jadi terfikir "Bila ya giliran saya?"

Sebenarnya takut juga menulis post ini sebab entahlah...malu agaknya dan takut juga kalau ada keluarga saya yang membaca post ini dan memberitahu mak. [To my family, please don't tell mak okay? Please...]

Sebabnya mak kata, belajar dulu, baru kahwin. Mungkin kata mak ada benarnya dan saya juga ingin membuat mak gembira tapi tipulah kalau saya kata saya tak mahu kahwin...sekarang. Tapi beberapa bulan lepas, bila Skype dengan mak, mak terkejut bila saya kata umur saya dah 23 tahun. Response dia adalah "Awat hang tua sangat?" hahahaha....adess. Mak oh mak. Dah terlupa agaknya berapa umur anak-anak sebab ramai sangat yang nak diingat.

Dan topik ini sudahpun diutarakan kepada mak berkali-kali (walaupun dalam nada gurauan) hinggakan di suatu ketika mak berkata "Awat? Nak kahwin sangat ka?". Jawapan saya? Mestilah tergelak manja sahaja. Berani nak kata ya? haha. Saya juga sudah berikhtiar meminta mak dan abah mencarikan jodoh untuk saya kerana saya tidak mahu calon saya (walaupun tak ada calon sekarang) tidak diterima oleh mak dan abah. Saya mahukan keduanya gembira dengan bakal suami saya. Jadi jalan yang terbaik? Minta keduanya carikan. Namun pendapat saya ditolak mak dan abah bulat-bulat. Yeap. Mak dan abah kata baiklah saya cari sendiri calon saya sebab saya yang akan kahwin dengannya, bukan mak dan abah. Namun jawapan saya, "Kalau mak dan abah tak suka macam mana?" Jawapana mereka "Buatlah sampai kami suka."

Hmmm...senanglah cerita kalau dah ada calon tapi kalau tak ada calon dan nak macam mana ceritanya?

Lagipun sebenarnya saya ni sangatlah suka dengan kisah bercinta selepas kahwin. Mungkin susah tapi tidak ada yang mustahil. Saya merasakan lebih romantik kalau begitu kisahnya. Okay. Saya ni memang sangatlah suka percintaan selepas perkahwinan. Sebab rasionalnya mudah: Kalau bergaduh banyak cara nak pujuk. Tapi kalau bercouple? Hmmm...memang tidaklah kan. Sudahlah hubungan itu (pada saya) haram lepas tu kalau bergaduh bertambahlah masalah.

Banyak kali saya utarakan hal ini kepada naqibah saya tapi mungkin kerana kesibukan dan mungkin kerana dia menyangkakan saya ni bergurau, jadi perkara ini dibiarkan begitu sahaja. Saya pula, memanglah mahu tapi tak kanlah perlu menyatakannya acap kali. Saya pun jadi malu juga. Iyalah. Saya ni baru lagi di jalan dakwah. Masih menjadi orang bawahan. Masih newbie kalau nak dibanding dengan orang lain (walaupun saya yang paling tua). Jadi terasa segan untuk diutarakan berkali-kali. Sudah ramai yang menawar diri untuk menjadi telangkai (atau orang tengah) tapi entahlah, selepas beberapa ketika semuanya senyap sahaja...Saya lagilah. Tidak mungkinlah saya bertanyakan mereka "Bagaimana dengan bantuan itu?". Akhirnya semua senyap sahaja.

Jalan saya? Saya doa sahajalah kepada Dia sebab hanya kepadaNya saya mengadu. Namun begitu, saya manusia biasa yang lemah. Saya perlu berbicara dan mendengar bicara orang lain. Jadi mungkinlah Dia yang mengilhamkan saya untuk menulis post ini. Wallahualam...

Tapi kepada imam saya dunia dan akhirat, saya menanti kehadiran awak. <3


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah." [51:49]

p/s: btw, tajuk post ini sebenarnya nak kata: saya teringin nak dengar perkataan itu. Bukannya saya dah ada sesiapa... >_<

Saturday, December 10, 2011

Kenapa, Mengapa...

Salam...

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat kehidupan oleh Allah s.w.t. di dunia ini. Alhamdulillah kerana masih sihat tubuh badan, masih mampu beribadah kepadaNya. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk meminta keampunan darinya. Alhamdulillah kerana masih ada apa yang kita ada hari ini.

Sudah lama tarbiyyah dan bulatan gembira ditinggalkan, semakin kering hati ini, makin tegar, makin sukar untuk mengingatNya. MasyaAllah...Astagfirullah...Harapnya perasaan ini akan pudar, akan hilang. Ya Allah, tetapkanlah hati ini dijalanMu, kuatkanlah hati ini untukMu, berilah kekuatan Hercules dan Superman agar jiwa ini tetap di sisiMu.

Di kala hati masih mencari sinar iman yang bercahaya bak suria yang gemilang, bergemerlapan laksana ribuan bintang di langitNya, kaki ini kadang2 lemah dan longlai menongkah arus ujianNya. Kadang kala, kekuatan yang dicari tidak dijumpai; dikaburi dengan keindahan dunia. Kadang-kadang, kekuatan yang diberiNya dilupakan kerana sibuknya dengan perkerjaan duniawi. Astagfirullah...kerdil dan lemahnya hambaMu.

Ya Allah, ampunkanlah kekhilafan hambaMu. Sungguh aku sebagai manusia sering melakukan kesilapan. Berulang kali bertatih menuju ke jalanNya, acap kali tersadung dan jatuh di jalan ini namun ya Allah, Kau peganglah hati ini agar sentiasa menjadi milikMu.

Sebenarnya, tadi melihat-lihat blog post yang lama dan terdetik di hati, mungkin ada yang membaca blog ini dan melihat entri-entri yang lepas yang masih berada di dalam blog ini dan tidak dibuang. Mungkin ada yang bertanya, masih banggakah dengan jahiliyyah yang lampau? Masih belum mahukah untuk melepaskannya pergi? Kenapa masih ada? Kenapa tidak dibuang?

MasyaAllah...kenapa dan mengapa ya? Hmmm...mungkin kerana perlu diberi peringatan berkali-kali bahawa itu adalah jahiliyyahku yang dahulu dan aku tidak bangga dengannya. Mungkin kerana aku perlu sentiasa melihat ke masa silamku dan berusaha agar tidak melakukan yang sama. Ianya kerana manusia mudah lupa, aku mudah lupa jadi aku perlu senantiasa diingatkan.

Namun bukanlah aku berkata di sini bahawa semua itu sesiapa yang masih berada di tempatku dahulu adalah tidak baik. Siapalah aku untuk menghakimi, siapalah aku untuk menuding jadi sedangkan aku masih lagi mencari-cari dan mencuba menggapai sinar Ilahi. Jadi tidaklah mungkin aku merasakan diriku sempurna dan sebaik yang lain. Tidaklah aku mampu berkata demikian. Aku masih lagi mencuba. Namun aku juga berharap semua yang aku sayangi akan mendapat apa yang aku dapat kerana aku tidak mahu sunyi, seorang di jalan ini. Memang, ramai lagi yang bersamaku namun, aku manusia biasa; sayangku padamu masih kuat. Aku masih memerlukanmu wahai sahabatku. Pimpinlah tanganku kerana akan aku genggam erat tanganmu di jalan ini. Aku masih menantimu sahabatku...kerana hati ini sayang, hati ini cinta akan kamu.

Jadi mengapa aku masih mencuba? Kenapa aku kisah? Jawapannya ialah kerana aku sayang, kerana aku cinta sama kamu. Kerana itu aku akan menunggu. Kerana itu aku masih mencuba.

Sayang kamu.

Monday, October 17, 2011

Aku Insan Biasa

Salam

Hmmm...pandai je procrastinate kan? Sepatutnya kena wat kerja sebab exam this Friday >_<
Okay...saya bersalah. Dah lama tak menulis apa2 di blog ni. Terasa macam nak menulis pulak hari ni. Tapi cuaca sangatlah glorious di luar. Alhamdulillah. Nikmat Allah tak putus2. Cantik sangat cuaca hari ini. Terasa macam nak keluar dan guling-guling atas rumput. MasyaAllah...hebatnya ciptaan Allah kan?

Sebelum jari pantas menulis, nak mintalah sesiapa yang sudi baca blog buruk ni untuk berterima kasih kepada Allah swt kerana masih menghidupkan kita pada hari ini, masih memberi nikmat Islam kepada kita, terima kasih kerana masih memberi kita peluang untuk menebus dosa kita pada Dia, terima kasih sebab kurniakan kita kesihatan, keluarga dan rakan2 tercinta, terima kasih atas breakfast yang kita makan atau bakal makan, terima kasih atas semua. Dan tanya diri...macam mana kita nak balas semua nikmat yang Allah kurniakan pada kita hari ini? Jeng3X

kita x maulah jadi macam orang yang mendustakan semua nikmatnya kan? hmmm.... tahu benda ni susah nak buat tapi why not hari ni kita cuba baca maksud surah Ar-Rahman (surah 55) yang menceritakan nikmat yang Allah kurniakan, nikmat alam, syurga dan neraka...yang manakah kita dustakan?

Hmm....aku bukanlah orang yang baik, alim ulamak ataupun siapa...aku masih mencari, masih cuba memperbaiki...perubahan tidak mengambil masa satu malam.aku bukanlah orang yang sekuat itu...tapi aku mencuba.

Seperti yang kukatakan, perubahan itu perlu dan perubahan itu pasti. Kita harus cuba berubah...sampai bila kita akan menjadi begini?

Tapi aku faham betapa susahnya perubahan itu...aku faham...kerana aku mengalaminya...tapi aku juga tahu yang aku perlu berubah dan aku harus melakukannya walaupun ianya susah. Kerana tiada satu pun yang senang di dunia ini.

hmmm...aku bukanlah ustazah ataupun orang yang hebat agamanya. Sekali lagi aku katakan yang aku masih cuba untuk berubah...tidak ada perubahan yang berlaku secara 180 darjah dengan tiba2. Perubahan itu perlukan masa tapi sekali lagi kita perlu berubah kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita...

Wallahualam~

Monday, October 10, 2011

Ukhwahfillah ♥


Salam

Bila rindu itu datang menyerang laksana tsunami di hati sepi
Tenggelam aku dalam kelam kabut dunia
Ya Allah, rinduku pada mereka...
Janganlah melebihi rinduku padaMu dan kekasihMu
Namun
Rinduku pada mereka
Kau sampaikanlah
Kerana sayangku kepada mereka
Merupakan ilhamMu dan kasih sayangMu pada manusia


Kamu sahabatku
Rinduku padamu menggunung tinggi
Harap kita bersahabat bukan hanya di dunia yang tak kekal abadi
Ku harap persahabatan ini
Sampai di syurga yang azali
Menggamit janji Allah yang pasti
Menjaga ukhrawi yang sejati
Menjadi insan berakhlak dan mepunyai iman yang tinggi

Sahabat,
Jika benar sayang kita
Jadi marilah kita bersama-sama mengorak langkah
Menggenggam cinta dan manisnya iman kepadaNya
Menuju syurga impian semua
Supaya sayang kita tidak hanya di dunia sementara
Tapi syurga yang selama-lamanya

Sahabat
Sayangku padamu bukan sayang dunia
Sayangku padamu sayang bauan syurga
Jadi aku tidak mahu kita hanya sampai di sini sahaja
Kerana aku mahu juga menjadi temanmu di akhirat sana

Sahabatku sayang
Jika benar kira sayang
Sayangilah aku kerana sayangmu padaNya
Kerana aku tatkala ini menyayangimu sebagaimana aku cinta kepadaNya

Ya Allah
Semoga persahabatan yang Engkau kurniakan
Kau pelihara dan bawalah ke syurga janjianMu

Ukwahfillah abadan abada semua

P/S: A'an, Tinie, Ain, semua di Malaysia...saya sayang dan rindu kamu.




















Monday, September 12, 2011

Perubahan?

Assalamualaikum

Hari ini aku ingin bercakap mengenai perubahan. Perubahan... Ramai yang kukira sudah menyedari perubahan diriku sejak akhir-akhir ini. Padaku aku berharap kalian semua dapat menerima diriku yang mungkin 'baru' bagimu. 

Soalan yang kukira mungkin pernah terlintas di benakmu adalah: "Mengapa aku berubah?" 

Hmmm...bagaimana harusku menjawab soalan itu? Mengapa aku berubah memilih untuk mendekatkan dan mengenaliNya? Tapi pada fikiranku, mengapa tidak berubah untukNya?

Namun harus kukatakan di sini, aku tidaklah mempunyai kekuatan dari segi penulisan, jadi aku harapkan Allah swt memegang hati anda dan membukanya ketika membaca ceritaku (insyaAllah).


Ceritanya begini. Dahulu, aku kira aku adalah seorang yang agak keras dan sentiasa ingin menang. Aku punya segala-galanya yang kuinginkan; keluarga yang ku sayangi, sahabat yang kucintai, belajar di negara orang yang sudah lama kuhajati, memegang jawatan dalam kelab yang kuingini. Namun aku sentiasa merasakan bahawa hatiku kosong tanpa seri. Sering aku memikirkan kenapa aku berada di bumi. Pada masa ini, kukira aku masih lagi jahil. Disebabkan aku sentiasa terasa kosong walaupun aku dikelilingi para sahabat yang sayang dan cintakanNya di bumi Wellington, jadi, aku berusaha untuk mencari jawapan kepada soalanku. Aku juga pada masa itu kukira bodoh sombong kerana terlalu malu bertanya jawapan kepada orang-orang yang lebih faham Islam daripadaku. Sombongku kerana aku lebih tua, jadi maluku menebal dan egoku melarang aku dari bertanya. Namun fitrah manusia yang sentiasa ingin mencintai dan beribadah kepadaNya lebih kuat.Jadi aku memilih untuk memohon kepadaNya agar aku diberikan petunjuk ke jalanNya, agar hatiku dibuka untuk menerimaNya secara total. Meminta doa kepadaNya kukira lagi senang kerana urusan itu hanyalah antara Dia dan aku. Aku senantiasa meminta agar hatiku dilembutkan agar senang ditarbiyah oleh orang yang lebih memahami. 

Pada masa itu, hatiku masih berbelah bahagi, berbolak balik antara jahiliyyah dan yang benar. Di saat hati masih memilih, aku kuatkan hati untuk mencari hala tuju hidupku dengan pergi ke Dunedin. Aku memohon denganNya agar ditunjukkan dan lembutkan hatiku semasa aku berada di sana. Alhamdulillah, Allah swt Maha Kuasa. Hatiku disentuhNya dan pulangnya aku ke Wellington membawa semangat dan azam yang baru. Namun...

Malu ku katakan, walaupun hatiku disentuh Allah swt semasa berada di sana, pulangnya aku ke Wellington; keadaanku masih sama. Mungkin saat di mana aku terasa kosongnya dunia tanpaNya adalah di mana pada suatu hati, aku membuka Facebook, membaca emailku dan menghabiskan masa berjam-jam di depan Tumblr serta melihat dan me'refresh' website kumpulan (yang pernah menjadi) kesayanganku dan tiba-tiba hatiku terdetik...

"Adakah aku menjadi hamba kepada dunia?" hingga terburu-buru pulang, menghabiskan masa di hadapan perkara yang tidak pasti, yang tidak membawa ke mana-mana...yang melalaikan.

Maksud hamba padaku pada masa ini adalah di mana hatiku tidak tenang selagi tidak membuat semua ini, merasakan sedih pada perkara yang tidak berfaedah sedangkan patutnya aku lagi sedih dengan keadaanku yang TAHU Islam tetapi tidak MEMAHAMInya... Bukankah kita hamba kepada perkara-perkara melalaikan sehinggakan kita tidak senang duduk tanpa membuatnya? Mengapa kita menghambakan diri pada perkara yang tidak pasti sedangkan janji Allah swt itu merupakan janji yang sejati?

Pernahkan di suatu masa anda terbangun dan tersedar lantas terfikir; "Apakah tujuan aku hidup di dunia?"

Tanyalah iman mengapa kita berada di dunia. Namun jawapannya anda boleh jumpa dalam al-Quran

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" [51: 56]

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hdendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." [2: 30]

Di sini, jelas Allah swt menyatakan bahawa tugas kita di dunia ada dua iaitu beribadah dan menjadi khalifah. Allah swt mengangkat darjat kita lebih tinggi dari malaikat dalam surah al-Baqarah ayat 30 di atas di mana kita manusia yang ada nafsu namun disayangi Allah swt lebih dari malaikat yang sentiasa mengagungkanNya. Jadi tidak malukah kita melalai dan melupakanNya sehingga hanyut dalam dunia yang kosong; ibarat robot tanpa nyawa.

Aku tidak mahu menjadi robot kawalan nafsu, aku ingin menjadi khalifah pilihanNya supaya aku boleh menyenangkan hati Penciptaku yang menciptakan ibu-bapa dan orang yang kusayangi. Jadi padaku, perubahan aku hanyalah kerana aku sekarang lebih faham (insyaAllah) apa yang Allah swt inginkan dariku.

Perubahanku perubahan biasa. Aku masih insan yang sama, namun pemakaianku atau buah fikiranku mahupun minatku mungkin tidak serupa. Jadi jika kamu sayangkanku, terimalah aku yang baru kerana hatiku masih menyayangi kamu. Usahlah kamu ragu atau curiga mahupun takut akan perubahan aku. Terang kukatakan, perubahan aku masih lagi perlahan; aku masih menapak menahan godaan jahiliyyahku. Jadi aku masih bertatih, masih memegang tangan dan masih perlukan bimbingan dan kalian merupakan tongkatku agar semangatku tidak luntur.

Perubahan itu perlu dan perubahan itu pasti. Namun berubahlah untuk mencari redha Ilahi, bukan mencari kersonokan duniawi. InsyaAllah jika perubahan itu untukNya, hati kita akan lebih berseri.

Sayangkan kamu kerana Allah swt




Monday, June 27, 2011

Lets Play 10 Things: Day 10 Final

10 final words from me:

You must LOVE yourself first before you start loving others

Sunday, June 26, 2011

Lets Play 10 Things: Day 9 Challenge

10 ways to win my heart:

  • win my parents' and my siblings' heart first. I hate it if my parents don't like my man
  • someone who can just go to my parents and say, "May I have your daughter's hand in marriage?" first before proposing to me. If someone do that, I will say yes (if my parents said yes) immediately no matter who they are cause only courageous and sincere man can do that. And by doing that, he will prove to me that he really wanted me and needed me in his life. 
  • I am a sucker for beautiful eyes... Well, people couldn't possibly have eyes like him but that eyes just take my heart away everytime I see it.
Jensen Ackles eyes

  • someone who is not fake or a liar or have any traits of the thing that I hate (see this)
  • someone who love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w (my heart is yours because your heart is with THEM)
  • play with babies and love them and you will catch my eyes anytime
  • be sincere, humble and modest to me. do not boast, be arrogant and think that you own the world or I will be like "Talk to the hand cause the face ain't listening okay?"
  • I love surprises so surprise me (in a good way)
  • sometimes I find myself liking shy man...dunno...maybe cause when he is blushing, I find that as cute and sweet
  • don't act all too tough and manly. I like to know that my man is not a robot but human with feelings and emotions. So cry if you have to, smile to your liking, laugh if it is funny, be adorkable cause you will be adorable but most importantly, be yourself. I love Yunho but you don't have to be him to be mine ^^

Saturday, June 25, 2011

Lets Play 10 Things: Day 8 Challenge

10 Favourite Songs:

  • Rahsia Pohon Cemara - Exists (my most favourite song and I don't know why...maybe cause the song sounded innocent but full of love? or maybe because I was still quite innocent when I fall in love with this song...dunno)
  • Mengintai Dari Tirai Kamar - Exists 
  • Seperti Dulu - Exists
  • Dendam Dalam Diam - Nora
  • Baby Can I Hold You - Boyzone
  • Blind - Lifehouse
  • God Must Have Spend (A Little More Time) - NSYNC
  • Doushite - TV5Q
  • Proud - DB5K
  • "O" - DB5K

Friday, June 24, 2011

Lets Play 10 Things: Day 7 Challenge

10 (most) important people in my life: (again...not in order cause I hate to rank them)

  • Mum
  • Dad
  • Siblings (if I need to list them all, then all 8 spots will be taken by my family members)
  • A'an
  • Hema
  • my friends (you guys are not less important than Hema or A'an and you all should know that I love you just the same but you know...)
  • my relatives and my cousins
  • Irfan
  • my (future) husband (wherever/whoever you are now but one day you will be important to me) [mcm nak kawen dah kan ak ni? aiyooo.controversy...hahahaha...don't think of weird things okay guys? I am just saying that in the future, this person will be a part of me...in the FUTURE)
  • DB5K/TV5Q
P/S: Don't speculate. No, I don't have anybody special cause all listed above are very special to me but yes, who wouldn't want someone and to be special to somebody eh? 

Wednesday, June 22, 2011

Lets Play 10 Things: Day 6 Challenge

10 things/people I can't live without:

  • Allah s.w.t
  • Rasulullah s.a.w
  • My families (I am nothing without them)
  • My friends
  • My mp3 (it is my best friend here)
  • basic needs such as clothes, food, money, house, love
  • perfumes
  • eyeliner
  • handphone
  • lip balm/gloss

Tuesday, June 21, 2011

Lets Play 10 Things: Day 5 Challenge

10 wishes:

  • I wish that I will have all TV5K/DB5K merchandises and albums
  • I wish that my families and friends will forever be loved and cared for
  • I wish for a husband that love Allah s.w.t and Rasulullah s.a.w but love me because he love THEM
  • I wish that I will have a beautiful and loving future ahead of me
  • I wish that I will always be happy, loved and remembered by those who love me
  • I wish that I will be able to be in Heaven and see Rasulullah s.a.w, his members and families and MY families in jannah too
  • I wish that I can stop sighing and able to accept things as they are because HE knows what is best for me
  • I wish that my iman will be stronger and not falter at any time
  • I wish for Palestine to be free and Islam will be the reigning power in the world
  • I wish that all my wishes come true

Monday, June 20, 2011

Lets Play 10 Things: Day 4 Challenge

10 things I wanted to say to a person:

  • I still love you and I hate myself for still loving and remembering you
  • Honestly, I wanted to see you again
  • I keep on looking for your profile but I guess that you have changed everything about yourself and I hate myself for still wishing to know and find out about you.
  • I know that there will never be anything between us but still, we will always have something.
  • We have our friendship but I guess I freaked you out too much for you to not8ice and love our friendship.
  • You are a jerk cause you never care and you are selfish; always thinking about yourself but never about mine.
  • However, I really wish that I can see you again but when that time comes, I want to be able to stand strong and proud.
  • Strong and proud because although I still love you, I am able to get on with life, enjoy it and live it.
  • Although I still miss you, but deep inside, I know that you don't cause you don't even care about me. 
  • So I will just keep this feeling in my heart forever but I know and hate myself for still caring for you.

Lets Play 10 Things: Day 3 Challenge

10 things that I hate: about you (in random order)

  • Lies
  • Liar
  • Betrayal
  • Annoying people (such as impatient/nosy people)
  • People that keeps on hammering on my door. Just knock a few times, do not hammer on my door okay? It is not like I can't hear you or anything...
  • People that think that they are cleverer/smarter/more beautiful or handsome than other people
  • Beautiful/thin/smart people that keeps on saying 'but I am not beautiful/thin/smart' when they are. It just annoys me a lot. Esp when you keep on claiming or telling people that they have many followers/admirers/high scores.
  • anti KPop or any antis. (You don't know what you are saying so just shut up okay?)
  • People that hurt the feeling of my loved ones (esp my parents):  You can't/don't mess with my families okay?
  • People who thinks that they know me better than myself (but if they are my families or my my closed/beloved friends, it is okay)

Sunday, June 19, 2011

Let's Play 10 Things: Day 2 Challenge

10 things I love (not in orders):

My beloved family

VIP in my life; my mum & dad
  • Allah s.w.t
  • Rasulullah s.a.w
  • My families (mak, abah, Along, Angah, Adam, Cik Siti, Kakak, Arif, uncles, aunties, grandparents, cousins, and others)
  • my friends
  • myself
  • chocolates
  • my gadgets (my externals, my laptop, my handphone, my iPod touch, my mp3)
  • money? hehe
  • cute things
  • DB5K/TV5Q
A'an, Kakak & Me
My Irfan

DB5K/TV5Q - AKTF red pearl ocean

Kakak ^^


Sleepy Irfan

A'an n Me

 will add more pictures later

Saturday, June 18, 2011

Happy Father's Day

salam
Ok
Spttnya hari ni kena update 10 things nya game tapi kira kali ni ada dua post la k?

Selamat Hari Abah kepada Encik Sulaiman bin Darus.

Sebenarnya tak tahu apa nak cakap kat abah sbb kita jarang bercakap, kalau cakap pun cakap sal akademik ja...kita x pernah ckp pasal perasaan, emosi atau benda yang personal. Tapi x apalah, Ain tahu abah bukan orang yang senang nak bercakap pasal hal macam ni.

Ain ingat lagi, dulu masa kecik2 Ain slalu harap abah bukan abah Ain sebab abah orang lain slalu nampak cool dan senang diajak berbicara, bukan macam abah. Dulu, selalu Ain doa abah bukan abah Ain sbb abah jarang tunjukkan kasih sayang kat Ain. Tapi bila dah besar, baru Ain nampak, abah tunjukkan kasih sayang abah dengan cara yang lain. Sayang abah adalah d masa abah sanggup bangun seawal 4 pagi untuk ambil Ain d RnR Gurun setiap kali Ain balik dari Kuantan. Abah sanggup tunggu sampai pukul 10-11 malam untuk hantar Ain balik Kuantan. Abah sanggup drive jauh2 untuk hantar Ain, ambil Ain. Masa tu baru Ain tahu abah tunjukkan kasih sayang abah macam ni...Masa tu baru Ain sedar yang Ain bertuah ada abah sebagai abah Ain.

Ain sangat gembira masa kami bioleh peluk abah sbb dulu2 takut nak peluk abah...sbb kita x biasa...tapi perubahan sejak akhir2 ni buat Ain gembira. Ain harap kita akan lebih rapat nanti. Amin. Ain sayang abah.

To my one and only dad in the world, I Love You.



Let's Play 10 Things: Day 1 Challenge

Salam...
dah lama x update blog...ada benda nak update tapi asyik lupa ja... ><
Ok lah...sbb Cik Tini Mynie dah ajak, jadi ak pun main jugaklah benda ni...

10 Things about myself.
  • My name is Nur Farahin Sulaiman
  • I am the third daughters of the family of nine (including me and my parents)
  • I love people to call me Farah not because that is a famous name but I just like the meaning of it which is 'happy' in Arab. 
  • My families (including uncles/aunties/etc) call me Ain at home.
  • I love spicy foods. If there is nothing spicy, I can just simply eat 'cili padi' with rice.
  • I love babies because I think that they are the purest, most lovable creature on the planet and may be in the whole universe. They are heavenly in a sense because they are so serene and so cute.
  • I am a sucker for cheesy lines and very sappy, romantic, lame lines but I guess that we all are because although I love you is very cheesy and lame but we all still love to hear it.
  • I love to read books (any kind of books except textbook/ horror books), manga and other kinds of readings.
  • I love to watch movies/drama/cartoon/anime and others and I do not care of the genre as long as it is good and can be enjoyed.
  • For me, my families and friends are my life. I love and hate them but I can't be without them. 
darn...I still have many things to add...hahahaha...okay.one last thing, I hate to be alone.

Okay. Day 1 challenge is completed. See you in Day 2 post.