Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Irfan

Salam

Hi...

Ak rasa ak ni sangat la excited dgn kehadiran Irfan dalam keluarga ak smpai sgp ak skype selalu hnya untuk tgk dia tido...hehe...pelik eh?
Irfan cepat sgt tido...br je celik mata, pas 2 x smpai beberapa minit dah tdo...geram ak tgk.bila tgk Irfan tido, automatically, ak pun mengantuk...the power of baby's sleep...hehe
Tadi g beli lagi baju utk Irfan. Sangat la comel. Selepas memikirkan cuaca d malaysia, ak pun beli la baby's romper kat dia...harap2nya Irfan boleh muat dalam baju 2 sbb bj baby di sini byk panjang dari lebar...hehe

Irfan, tunggu mak lang balik ye? Jangan reject mak lang bila kta jumpa nanti...kalau x sedih mak lang tau.

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Abah


Salam...

Abah, Ain nak ucap Selamat Hari Abah pada abah
Hurm...kenapa tak cakap Selamat hari Ayah kan? Tapi sebab Ain memang dari kecik panggil Abah, jadi, Selamat Hari Abah la kan?
Abah, kita memang jarang bercakap kan?
Kalau pun abah slalu p dan amek Ain masa Ain praktikal dulu, kita lebih banyak diam dari bercakap. Walaupun perjalanan dari tempat praktikal Ain sampai ke rumah agak jauh dan ambil masa dekat satu jam (minus traffic-jam), tapi kita jarang bercakap.
Ain kira bercakap di sini macam bercakap dari hati ke hati.
Memang abah selalu bagi nasihat kat Ain, bagitau itu dan ini, tapi abah tak pernah bercakap dari hati ke hati, macam cerita macam mana mak dan abah kawen, apa perasaan abah bila dapat kami adik-beradik dan semua tu.
Ain tau, susah bagi abah nak cakap benda2 macam tu sebab abah lelaki dan abah tak pernah dibesarkan dalam cara macam tu (meluahkan perasaan) dan Ain faham semua ni.
Tapi kadang2 Ain teringin sangat nak tahu apa yang abah rasa. Adakah abah bangga dengan Ain, adakah Ain slalu lukakan hati abah dan lain2.
Sekarang ni Ain sangat rindukan abah. Ain rindu sangat
Ain nak abah tau yang Ain sangat sayangkan abah.

Dulu masa kecik2, Ain selalu mintak nak tukar abah dengan orang lain sebab abah jarang bercakap dan abah jarang ada masa Ain rasa Ain perlukan abah. Ain minta maaf sebab rasa macam ni sebab masa tu Ain kecik lagi.
Ain rasa macam abah orang lain best gila sebab abah depa selalu ada, selalu boleh gurau2 dan boleh peluk cium anak2 depa.
Ain tahu, pelik bagi abah nak buat macam tu sekarang sebab kami semua dah besar. Ain pun akan rasa agak pelik kalau tiba2 abah peluk Ain sekarang (walaupun sebenarnya Ain teringin abah buat macam 2).

Ain bukan budak yang pandai. Ain tak tahu banyak benda dan satu-satunya benda yang Ain paling pandai (tapi tak cukup pandai) adalah Bahasa Inggeris.
Dulu, Ain teringin sangat nak tengok abah bangga dengan Ain. Jadi Ain usaha betul2 bagi nak dapat kedudukan tinggi dalam kelas (walaupun tak pernah berhasil).
Ada sekali Ain dapat result paling tinggi dalam kelas tusyen dan Ain hepi sangat. Jadi masa abah mai ambik Ain d tempat tusyen, Ain bagitau abah pasal benda ni.
Ain harap sangat nak tengok muka gembira abah tapi abah tak tunjuk apa2 reaksi.
Tak apalah, mungkin sebab keputusan tu pun tak seberapa, tapi dalam hati Ain, Ain teringin sangat nak tengok abah senyum.
Tak apalah. Mungkin abah senyum dalam hati saja kan?

Ain ingat lagi masa tusyen dulu abah selalu bawak Ain nak moto Vespa abah. Dulu masa kecik2, Ain malu dengan Vespa tu sebab bunyinya kuat, lepas tu tak cantik.
Tapi bila Ain dah besar, baru la Ain dapat hargai Vespa tu. Vespa 2 la yang abah selalu guna bawak kami adik beradik jalan2 masa kami baby dulu. Vespa tu banyak berjasa kat kami.

Dulu Ain selalu rasa yang abah tak peduli kami. Abah tak sayang kami sebab abah tak pernah tunjuk perasaan kat kami.
Tapi sebenarnya abah sangat sayangkan kami kan? Cuma abah tak tahu macam mana nak tunjuk kat kami.
Abah selalu diam saja. Tapi sekarang Ain tahu yang abah sayang kat kami.
Macam Nana @ Angah cerita pasal member dia yang abah dia tak pernah ambek walaupun perjalanan dari stesen bas dan rumah dia jauh.
Tapi abah tak pernah tak ambil kami walaupun masa tu dah pukul 2, 3 pagi. Abah sanggup bangun dan pergi ambil Ain dari stesen bas dan tunggu walaupun bas Ain lambat lagi. Abah sanggup p amek Nana dari tempat kerja dia (masa dia kerja d Tesco dulu) tiap2 hari walaupun shift dia abes pukul 12 tgh malam dan abah penat sangat sbb smapi ke rumah dari kerja pukul 7 lebih.
Sebab tu, Ain tahu yang abah sangat sayangkan kami.

Bila dah besar baru Ain nampak pengorbanan abah kat Ain.
Abah cemburu ka bila nampak kami selalu manjakan mak? Bila kami beli kat ma hadiah masa Mother's Day dan sambut birthday mak besar-besaran tapi tak pernah buat apa2 masa Father's Day dan birthday abah?
Sebenarnya kami nak buat sesuatu tapi mesti tak tahu nak bagi apa kat abah.
Mungkin sebab hadiah untuk abah agak susah nak beli sebab kami tak tahu apa yang abah suka.
Adakah ni salah kami sebab kami tak ambil atau buat apa2 usaha untuk kenal abah?

Abah tahu tak, masa pertama kali peluk abah masa Hari raya beberapa tahun yang lepas, saat tu la yang Ain paling suka. Mungkin pelik tapi tu la kali pertama Ain peluk abah betul2.
Selama ni, Ain memang teringin nak peluk abah macam tu tapi rasa pelik kalau tiba2 peluk. Tapi, terima kasih pada Nana@Angah yang mulakan tradisi peluk abah masa mintak maaf di Hari Raya.
Saat tu la yang Ain paling tunggu, sbb masa 2 la yang Ain boleh peluk abah. Tapi tahun ni, Ain tak dapat peluk abah sebab Ain ada d sini.
Tapi, tak apa, Ain rasa Ain akan peluk abah bila Ain balik nanti. Jadi jangan la abah rasa pelik nanti ok?

Abah, Ain minta maaf kalau Ain banyak sakitkan hati abah atau buat abah kecik hati.
Ain tahu, Ain banyak gak buat muka, dan kata kat abah yang buat abah sedih. Ain nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Maafkan Ain. Halalkan makan minum Ain.
Abah, Ain sayangkan abah.
Selamat Hari Abah.

Wednesday, June 16, 2010

Eyes Like Yours

Salam...
I am not someone that can fall in love easily
and certainly not someone that can be wooed as easy as that
I do not know how to flirt though I admit that I sometimes try
You can't blame me for that because that is simply human nature
but I rarely find anybody that can makes my heart goes *doki* *doki*
Well, for those who know me, they know that I really love pretty boys
and this one particular guy:

hehe...yup...me and my obsession, Yunho-sshi
the leader
well, he certainly can makes me feel *doki* *doki*
but I doubt that we will ever cross path with each other
(even though I wish that we will...hehe)
A girl can always dream right?
Anyway, this dreamy girl (as some might say) went out for a walk today and ended up buying more novels (but that is another story)
Well, anyway, before I bought all the books (which are Eragon, Brisingr and Can't Let You Go; I can't find Elder, which is a shame) I went to my favourite sushi store nearby
I never noticed this guy before, maybe because he usually works at the back but I saw him just now
and he just gives me *doki* *doki*
I was nearly breathless for a while
I guess I have found someone quite like my Yunho-sshi here
hehe
well, he does not looks EXACTLY like him
it is just the eyes
it looks just like Yunho's eyes


you guys will think that I am losing my marble eh?
I do not mind your comment
I think I am going gaga over this guy's eyes
I guess it is a typical Asian eyes that makes me go nuts a bit
maybe because it looks like Yunho and I love everything about him
but truthfully, I really have a weak spot over guys with eyes like this:


yup...you guess right
Jensen Ackles eyes are the best
I really love guys with beautiful eyes
maybe because I do not have eyes like that
hehe
well, if you can't have something, find and love someone that have it

okay
toodles

A lil bit of my Goong prince

Thursday, December 17, 2009

Kemenangan Selepas Kemarau 20 tahun

Salam...
Ak ni bukan peminat bola pun. Tgk pun kadang2...Jangan tnya ak sal rules game. Mati ak x tau. Tp tetiba terasa nak tulis sal Malaysia menang d Sukan SEA. Kalahkan Vietnam 1-0

Malaysia vs Vietnam
1 - 0

Ak rasa ramai yang melompat bila tau Malaysia menang td. Ak pun antara org2 yang terlompat2 tu. haha

Euphoric tol tadi. Mak ak pun jadi intense. Ntah bila minat ak pun tak tau. Awal2 dia tgk tv dia asyik marah sbb x da siaran lain, alih2 dia yang sangkut. Siap soh adik ak yang tetiba jadi pengulas rancangan x rasmi diam pulak. Dah adik ak wat x tau sbb asyik gaduh dgn abg dia (a.k.a adik no 4 aku), terus mak ak kuatkan volume. Maknanya, 'Diam atau nanti kena dgn ak'

Haha...mak...mak...aish

Masa tgk bola, rasa geram pun ada. Pengulas asyik kata 'nyaris memberi peluang kepada pasukan Malaysia...'

Mana x geram, bola sikit jek lagi nak masuk gawang, tapi aish~
X tau la samada tekanan hebat, penjaga gawang lawan yang langsung x hebat atau kaki senget.
Ak pun x tau. Tapi TAHNIAH MALAYSIA kerana menamatkan kemarau emas kita.

Tapi bila ayah ak duduk ja d kerusi, suasana bertukar panas kembali. Mana xnya. Ayah ak asyik kata

'Apa main macam ni? Ha. Bagi la Vietnam menang. Main macam apa ntah.' 

Aish~
Panas jek ak dengar....ada pulak kutuk team sendiri. Adik2 ak pun dah bengang.
Cepat jek dia fire ayah ak. Dia kata,


'Abah ni orang Malaysia ke Vietnam? G balik Vietnam r g2... Apa lak ngata Malaysia ni?' dengan buat muka x puas ati dia. 

Mak ak lak


'Shh...diam la.'

Ayah ak x puas g. Bila Malaysia dapat satu gol sbb pemain Vietnam tertendang bola masuk gawang, dia kata g

'Buat apa menang. Org 2 tertendang masuk gawang,'

Bara jek ak dengar. Ak pun kata,

'Ala, banyak jek gol yang x adil. Gol tangan tuhan Maradona pun banyak yang pertikai. Henry Theirry yg menangkan Peranchis pun terguna tangan gak. Menang tetap menang.'

Jadi kes lak lawan dgn ayah ak. Kalau nak kira dosa ni. Lawan cakap mak bapak. Tapi aish~

Ada lak kutuk team sendiri? Dah 2 bila prize giving ceremony dia kata g,

'Tgk 2. Stadium pun lengang. Menang x adil. Menang nasib'

Aish ayah ak ni...

Adik ak balas g,

'Mmg r kosong, penyokong Vietnam yang banyak. Msti r depa dah balik. Ish abah ni. P r sana sokong'

Haha....macam2....leh lak gaduh sal mende ni?

Ak bangga gak wpun sbnarnya Malaysia boleh dapat lebih dari satu gol. Tapi..menang tetap menang. X g2?

Apa pun

TAHNIAH MALAYSIA!

Thursday, December 3, 2009

5 stars, 1 link, 1 cassie. AKTF!



 

Post kali ni berbeza dr yg lain...haha...
WARNING: 

Bagi sesiapa yg x kenal Dong Bang Shin Ki (DBSK), Tohoshinki (TVXQ), Jaejoong (Hero), Yunho (U-Know), Xiah (), Yoochun (Mickey) dan Changmin (Max)


JANGAN BACA kalau x mau! haha
BACA kalau nak kenal

Sapa DBSK @ TVXQ?

Mereka ialah satu kumpulan dari Korea yang ditubuhkan pada tahun 2003 dengan 5 anggota d bwh syarikat SM Entertainment.

Mereka ialah:


Yunho (U-Know)
* Leader *
* Kind Hearted *
* Warm *
* Bass vocal *
* Born on Feb 6, 1986 *



JaeJoong (Hero)
* Oldest member of the group *
* Loves mirror (haha) *
* Have great voice *
*  Main vocal *
 * Born on Jan 26, 1986 *



Yoochun (Mickey)
* Speaks English fluently (he came from the States) *
* Sensitive (he loves his members a lot) *
* I think he got a funky style *
*  Middle low vocal *
*  Born on June 4, 1986 *



Junsu (Xiah)
* Dolphin boy *
* Angel voice *
* Cute and funny *
*  Middle high vocal *
*  Born on Dec 15, 1986*



Changmin (Max)
* Youngest and tallest member (186 cm)*
* Quirky and quick witted *
* Love spicy food *
* High vocal *
* Born on Feb 18, 1988 *

Kenapa ak suka kumpulan ni? Sbb lagunya yang menarik...Semua ensem2...Tarian power dan vocal yang mantap.

Sadly...
Three members of the group, Jaejoong, Yoochun and Junsu filed a lawsuit against SME recently and this case is x yet settle in the court.

Kenapa saman?
Sbb kontrak 13 tahun dengan SME merupakan kontrak yang diumpamakan seperti kontrak yang sgt x adil. Slavery contract.

Ni adalah snippets of the contract. Ak x dpt cari yg lagi detail. But this will do.


Sekarang ni ak x boleh baca news sal diorg tanpa nanges...

Yaa~
The situation is bad...
Tp peminat depa a.k.a Cassiopeia berharap yang kumpulan ni akan kekal
AKTF (Always Keep The Faith) !!

Fighting DBSK!!

YunHolic * Jaemanic  * Xiahnism * Changminizer  * YoochunCraze

Tuesday, November 17, 2009

Bila Ak Kata Ak Rindu

Aish~
Farah...Farah
Bila la ko nak belajar faham satu benda ni?
Rindu pada org yg x layak dirindu
Buat apa?
Bazir masa, tenaga dan perasaan jek

Tp bila sejuk2 dingin cool menggigil hujan ni
Rindu 2 datang lagi
bersama luka lama
(eceh, wat line drama lak)
haha

Okay...lupakan yg sedih2

Ak rindu pada sentuhan, suara, pelukan dia
Cara dia signal ak malam2 utk bgtau yg dia dah balik
(dia slalu wat bunyi ala2 cam serigala, tp ak selalu kenal suara dia)
Bau wangi dia
Lendit dan kemasnya baju2 dia
Kasut dia yg slalu bersih
Pagi2 minum coffee bersama
Petang2 naik basikal jalan2
Naik atas bahu dia
Cara dia kendong ak
Layanan x putus dia
Slalu manjakan ak

Aah~
Rindu tok ayah
Rindu sgt
Masa 2 ak kecik la jugak
dah 6 tahun
ak ingat g camna ak balik
n then nampak org ramai2 bekumpul depan umah
ak masa 2 kecik lagi
jadi ak lari masuk rumah n nampak org mandikan dia
pas 2 mak tarik ak ke ruang tamu
pening gak ak
'Awat org mandikan tok ayah?'
Tp masa 2 semua tgh nanges2
Jd ak x tnya

Pas 2 nampak org pakaikan tok ayah kain putih dan mak peluk ak kuat2
Mak x nanges
Tp mata mak merah
ak x bagi depa tutup muka tok ayah
'T tok ayah x leh nafas la'
Tp depa tutup jugak
Ak lari2 ikot ke kubur
Tp berhenti separuh jalan
Pas 2 ak balik, ada sorang lelaki
Muka sebijik macam tok ayah
pakai pun baju kegemaran tok ayah warna koko
Ak lari ke arah dia
tp ak tau
Bila ak smpai dekat 2 bukan tok ayah, dia pendek sket, muka dia x macam tok ayah
Dia mai peluk ak
Dah ak besar sket br ak tau, 2 Ayah Karim
Kembar tok ayah

Tok ayah mmg org yg paling ak sayang
Ain rindu sgt tok ayah...
Dulu, masa tingkatan 3, rindu pada tok ayah membuak2
setiap malam mimpikan dia
Ya Allah~
Rindunya...

Aish...
Hujan2 ni sentimental betul...